Cara-Cara untuk Move On

Putus cinta memang memedihkan. Tambahan pula kalau sudah lama saling mengenali. Dunia bagaikan nampak tidak adil setelah ditinggalkan. Hati hancur kita sahaja yang tahu. Adakah anda mengalami hal seperti ini? Jangan risau post kali ini, kami akan senaraikan cara untuk move on yang boleh anda praktikkan setelah berlaku putus cinta ataupun kesedihan.

Cara-Cara untuk Move On

Cari Kesibukan dengan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat.

Sebelum ini kita banyak habiskan masa untuk pasangan kita. Oleh sebab dia sudah tiada dalam hidup kita, kita kena isi kekosongan itu dengan perkara-perkara yang bermanfaat lain. Ini dapat menjadikan kita sibuk dan kita akan dapat melupakan kesedihan pasca putus cinta. Apa yang penting, jalan terus!

\

Simpan Barang-barang yang boleh mengimbau kenangan.

Masa bercinta ataupun berkenalan, mesti ada barang-barang ataupun hadiah yang diberikan oleh pasangan. Perkara ini dapat mengingatkan kembali kepada pasangan sekiranya anda ternampak. Jadi apa yang anda perlu buat, letakkan semua barang-barang kenangan tersebut didalam kotak. Anda ada pilihan samaada untuk membuangnya terus ataupun letak sahaja didalam stor.

Mencari Hobi Baru

Ini terbukti berkesan. Selain dapat move on daripada masalah, anda juga dapat hobi yang baru. Mungkin juga dapat mengasah bakat terpendam yang ada pada anda. Jika sebelum ini, banyak masa dihabiskan kepada pasangan, mungkin ini masa yang sesuai untuk mengasah bakat. Mana tahu, bakat tersebut boleh jadi sumber rezeki kepada anda. Siapa tahu kan?

Cari Kenalan Baru

Mencari kenalan baru mungkin dapat menghindarkan anda dari mengingati kisah lama. Tetapi, awas jangan pula anda cepat-cepat mencari kekasih lain untuk menggantikan kekasih lama. Ambil masa untuk move on. Carilah kawan baru dan luangkan masa bersama.

Jangan stalk kekasih lama anda

Ini cara untuk move on paling penting. Jangan stalk kekasih lama. Beri masa kepada diri anda. Ianya hanya membuang masa sahaja untuk stalk kekasih lama anda. Perkara yang lalu tidak akan berubah dengan mengintip kekasih lama anda. Malah, ia akan mengingatkan kembali kisah anda bersama si dia.

Beri Masa Kepada Diri Anda

Kesedihan memang memeritkan. Jadi apa yang perlu anda buat, berilah ruang dan masa kepada diri sendiri untuk merawat luka dihati itu. Banyakkan bersabar dan ambillah sebanyak mana masa untuk merawat kesedihan itu. Tetapi janganlah biarkan ia berlarutan sehingga menjejaskan kesihatan dan kehidupan anda. Banyak lagi orang diluar sana. Jangan risau okay!

Luangkan masa dengan orang sekeliling anda

Jika sebelum ini, anda mungkin tidak hiraukan kepada orang sekeliling. Inilah masanya untuk menebus kembali masa untuk meluangkan masa dengan orang sekeliling anda. Orang sekeliling anda mungkin dapat memberi sokongan kepada anda dikala anda mempunyai masalah. Jangan la pula lepas ada kekasih baru anda lupakan pula orang sekeliling anda! Hehehe

Kesimpulan

Berikut kami senaraikan cara untuk move on yang boleh anda praktikkan ketika dilambung badai dalam percintaan. Ingatlah pencintaan yang kekal, adalah pencintaan hamba kepada penciptaNYA. Oleh itu, tenangkan fikiran dan jalan terus. Kalau dah tiada jodoh, nasi yang nak disuap kedalam mulut pun boleh tumpah. Inikan pula kekasih yang mempunyai hati yang sentiasa berubah-ubah. Akhir sekali, selamat berjaya untuk move on.

Leave a Reply