Cara-Cara Hilangkan Dengkur

Tabiat berdengkur merupakan satu mimpi buruk di tempat tidur anda. Bukan sahaja ia memberi kesan kepada teman sebilik anda,malah ia juga memberi kesan kepada kesihatan anda. Jadi, pada post kali ini, kami kongsikan cara-cara untuk hilangkan dengkur yang boleh anda praktikkan.

Rawatan Hilangkan Dengkur

Hilangkan dengkur

Foto kredit :homenaturalcures.com

Betulkan Posisi Tidur

Posisi tidur memainkan peranan penting untuk hilangkan dengkur ketika tidur. Jika sebelum ini anda berdengkur kerana posisi tidur anda yang terlentang atau meniarap. Anda perlu mengubahnya. Anda boleh tidur secara mengiring. Untuk memastikan anda sentiasa tidur dalam keadaan mengiring, anda boleh letakkan bantal pada belakang anda.

\

Turunkan Berat Badan

Kebiasaanya, dengkur kerap berlaku kepada seseorang yang mempunyai masalah berat badan. Ini tidak bermakna yang mempunyai berat badan yang rendah tidak berdengkur. Sekiranya anda berdengkur setelah berat badan anda meningkat, menurukan berat badan adalah solusi sesuai untuk anda. Ini kerana, sekiranya anda bertambah berat disekeliling bahagian leher,ia akan mengecutkan diameter dalam keronkong anda, menjadikan ia sentiasa berlanggar ketika tidur. Oleh sebab itulah, dengkuran berlaku.

Turunkan Berat Badan dapat hilangkan dengkur

Turunkan Berat Badan dapat hilangkan dengkur

Kurangkan Pengambilan Alkohol

Alkohol akan menyebabkan masalah dengkur semakin teruk. Alkohol akan menenangkan otot disekitar saluran pengambilan udara menjadikan anda semakin sukar untuk bernafas dan ia memerlukan usaha yang kuat untuk bernafas. Hal ini akan menyebabkan dengkuran semakin menjadi-jadi. Oleh itu, anda haruslah tidak mengambil alcohol sekurang-kurangnya  sejam sebelum anda tidur.

Buat Pemeriksaan Tonsil

Tonsil yang terlalu besar merupakan salah satu masalah yang boleh menyebabkan berdengkur. Untuk hilangkan dengkur pada waktu tidur, anda haruslah berjumpa dengan doctor pakar untuk memeriksa tonsil anda. Jika tonsil telah membengkak dan terlalu besar, pembedahan boleh dilakukan bagi membuang tonsil agar anda tiada ganguan tidur lagi.

Nasal Strips

Nasal strips berfungsi untuk membuka saluran hidung untuk membolehkan kelancaran udara yang diambil semasa tidur. Alat ini membantu membesarkan saluran hidung seterusnya hilangkan dengkur anda.

Banyakkan Senaman

Akhir sekali, cara yang paling evergreen untuk hilangkan dengkur ialah senaman. Umum tahu, senaman dapat memberi kesihatan kepada anda dan dapat mengelak daripada dijangkiti penyakit-penyakit berbahaya. Senaman juga dapat menurunkan berat badan yang mana salah satu penyebab masalah dengkur. Untuk permulaan, anda boleh sahaja buat senaman untuk otot-otot kerongkong dan rahang. Penafasan akan menjadi lenih mudah jika sentiasa memastikan otot-otot ini dijaga dalam keaadan baik.

Leave a Reply