Cara-Cara Menghilangkan Bau Kaki

Anda mempunyai masalah bau kaki? Masalah bau kaki akan merosakkan mood anda seharian. Apabila ia mula berbau, ianya amat susah untuk mengelakknya. Anda mungkin tidak boleh menghilangkan bau kaki secara keseluruhannya, namun anda boleh mengurangkan bau pada kaki anda dengan tip-tip simple yang akan kami kongsikan pada post kali ini.

Tip Menghilangkan Bau Kaki

menghilangkan bau kaki

Masalah bau kaki akan merosakkan mood anda seharian.

Sentiasa Dalam Keaadan Kering

Bau kaki terhasil daripada kaki yang lembap. Kelembapan pada kaki akan membolehkan bakteria-bakteria aktif yang mengakibatkan bau pada kaki. Oleh itu, anda seharuslah pastikan anda sentiasa mengeringkan kaki anda terutama diantara jari-jari kaki selepas mandi.

\

Pakai Stokin

Mungkin bagi perempuan kasut tumit tinggi dan stokin adalah fashion disaster.  Akan tetapi sekiranya anda tidak memakai stokin ketika berkasut, tiada apa yang dapat meresap peluh pada kaki anda. Hal ini akan menyebabkan peluh berkumpul pada kaki terutama di antara jari-jari yang menjadikan kaki berbau. Oleh itu, apabila berkasut pakailah stokin.

Rendam kaki di dalam campuran air dan baking soda

Merendam kaki didalam campuran air dan baking soda bukan sahaja dapat menghilangkan bau kaki, malah dapar membunuh kumah penyebab bau kaki. Sediakan 1-4 senduk baking soda. Larutkan didalam air satu baldi. Rendamkan kaki selama 15 minit dan lihat hasilnya nanti. Selain itu, anda juga boleh merendam kaki anda didalam rendaman jus lemon. Jus lemon mempunyai asid yang baik untuk memberi kesegaran kulit anda.

Ganti kasut anda dua kali sehari

Ini penting bagi orang yang bekerja. Bagi mengelakkan kaki berbau, anda boleh bergilir-gilir menukar kasut selepas 2 hari memakainya. Ini dapat mengeringkan peluh-peluh yang ada pada kasut yang menjadi punca kepada kaki berbau.

Gunakan sabun antibakteria untuk menghilangkan bau kaki

Umum tahu, kaki berbau disebabkan bakteria yang terdapat pada kaki. Oleh itu, penggunaan sabun antibakteria mungkin berguna untuk menghilangkan bau kaki. Terdapat banyak pilihan sabun antibakteria di pasaraya dan anda boleh memilihnya untuk digunakan sebagai rawatan kepada masalah kaki berbau.

Leave a Reply