Cara-Cara Halau Tikus Di Rumah

Kehadiran haiwan ini akan membuatkan akan tidak berasa selesa. Melihatnya sahaja sudah menggilikan. Inikan pula yang selalu bermain kehulu-kehilir didalam rumah. Haiwan perosak ini jug aboleh mengundang pelbagai penyakit bawaan tikus yang boleh mengakibatkan kematian. Oleh itu, ianya amat penting menghalau haiwan ini didalam kediaman kita. Pada post kali ini kami senaraikan cara-cara untuk halau tikus yang bermaharajalela dirumah anda.

halau tikus

Menghalau tikus bukan seperti menghalau nyamuk yang boleh dihalau menggunakan ubat nyamuk ataupun spray serangga. Ianya agak sukar. Perkara yang pertama yang perlu kita lakukan ialah mengenalpasti dimana mereka tinggal di dalam rumah anda.

\

Cara Halau Tikus di Rumah

Uncang Teh

Uncang teh mengandungi peppermint yang dapat membuatkan deria bau tikus terganggu dan berasa tidak selesa. Dengan meletakkan uncang teh pada sarang mereka boleh menghalau tikus di rumah anda. Oleh itu, mulai sekarang anda simpanlah uncang teh kerana ianya sangat berguna untuk mengatasi masalah tikus dirumah.

Daun Pandan

Umum tahu daun pandan mempunyai aroma yang sangat wangi. Ia amat bagus untuk mewangikan kediaman anda tetapi ia tidak disukai oleh haiwan perosak tikus. Oleh itu, letakkan daun pandan di dalam rumah anda untuk menghalau tikus.

Pelihara Kucing

Ingat kisah Tom and Jerry? Lihatlah bagaimana kucing yang sentiasa mengejar tikus untuk dijadikan santapan kepadanya. So, anda boleh pelihara kucing untuk menakutkan tikus didalam rumah anda.

Memelihara kucing dapat menghalau tikus

Memelihara kucing dapat menghalau tikus

Kapur Barus

Kapur barus cukup berkesan untuk halau tikus. Ia mempunyai  bau yang cukup menyengat. Hancurkan beberapa kapur barus dan taburkan pada lubuk-lubuk tikus.

Perangkap Tikus

Ini memang cara evergreen untuk menangkap tikus. Umpan mereka dengan buah-buahan seperti pisang didalam perangkap tikus dan letakkan dikawasan yang strategic untuk memerangkap si tikus.

Serai Wangi

Tikus tidak suka bau-bauan yang kuat. Sekarang lebih mudah kerana terdapat banyak produk serai wangi dipasaran. Ia bukan sahaja dapat menghalau tikus, malah dapat menghalau haiwan-haiwan perosak yang lain.

Kesimpulan

Sekiranya masalah tikus dirumah anda amat kritikal, anda bolehlah menghubungi servis halau tikus yang berpengalaman untuk membantu menyelesaikan masalah anda.

Leave a Reply