Cara Semak Status SSM Secara Online

Suruhanjaya Syarikat Malaysia atau nama singkatannya SSM. Hari ini admin ingin kongsikan Cara Semak Status SSM secara Online, kenapa? Sebab admin tengok ramai orang terkeliru dan berasa was-was adakah status syarikat yang menjual barangan online atau offline telah berdaftar dengan SSM agar kita tidak tertipu dan barangan tidak terjamin. Anda ada hak untuk semak status SSM sesebuah syarikat dengan online sahaja dan amat senang untuk membuat semakan.

status ssm

Cara Semak Status SSM Secara Online

Dalam kajian admin,ramai perniaga online di dalam facebook terutamanya tidak mendaftar dengan SSM akan merugikan pihak mereka sendiri kerana kebolehpercayaan pembeli terhadap syarikat mereka. Amat-amat merugikan dan jika tertangkap denda akan dikenakan. Ramai diantara kita tertipu, sebab itulah admin ingin kongsikan cara-cara semak Lesen Pendaftaran SSM. Jika tiada lesen jangan beli barang dari syarikat tersebut sebelum anda sendiri akan membazirkan wang anda sedang barang tidak sampai jika berlaku penipuan.

\

Tahukah anda cara semak pendaftaran perniagaan SSM?

Caranya mudah sahaja dan percuma. Ya sememangnya percuma untuk dapatkan maklumat awal sahaja. Sekiranya anda inginkan salinan pendaftaran, anda perlu buat bayaran. Kali terakhir admin cuba, harga bagi setiap salinan pendaftaran perniagaan adalah lebih kurang RM15, murahkan.

Mari Kita mulakan semakan.

Anda boleh buat semakan di laman web SSM e-Info – Link

Anda boleh daftar satu akaun SSM e-Info dengan mengisikan butiran yang diperlukan sahaja.

Kemudian anda perlu Log Masuk ke akaun anda.

Ini adalah paparan utama SSM e-Info.

Semak Status SSM secara Online

Ini adalah paparan utama SSM e-Info

 

Cara nak buat semakan, tekan pada pautan ‘Search’. 

Anda boleh buat semakan dengan menggunakan nama perniagaan atau syarikat atau menggunakan no. peniagaan atau syarikat yang anda ingin semak.

Cara nak buat semakan, tekan pada pautan ‘Search’.

Jika perniagaan online dan offline itu berdaftar dengan SSM maka akan keluar detail mengenai perniagaan tersebut, jika tiada maknanya perniagaan tersebut tidak berdaftar dengan SSM, jadi anda perlu berhati-hati.

Sekian artikel tentang Cara Semak Lesen SSM jika bermafaat dan berguna silakan share dekat facebook atau google +. Terima kasih.

Leave a Reply