Cara-Cara Daftar Mengundi dan Semakan Lokasi Pengundian Online

Bagi anda yang belum daftar mengundi anda bolehlah merujuk cara-cara yang kami terangkan dibawah. Selain itu anda juga boleh membuat semakan lokasi pengundian secara online.

Cara-Cara Daftar Mengundi

Daftar Mengundi

Syarat Layak Mendaftar

Syarat-syarat kelayakan untuk mendaftar sebagai pemilih adalah seperti yang berikut:

\
  1. Seorang warganegara Malaysia
  2. Telah mencapai umur 21 tahun
  3. Bermastautin di bahagian pilihan raya yang ingin didaftarkan; dan
  4. Tidak dihalang / hilang kelayakan oleh undang-undang yang berkuat kuasa

Pusat Pendaftaran

Anda boleh daftar mengundi ditempat-tempat berikut

  1. Ibu Pejabat SPR Malaysia
    Aras G, Menara SPR
    No.2, Jalan P2T, Presint 2
    62100 Putrajaya
    No. Telefon: 03-88927000
  2. Pejabat-Pejabat Piliihan Raya Negeri
  3. Maklumat pejabat-pejabat pos
  4. Kaunter SPR melalui Program Outreach
  5. Pejabat-Pejabat Kedutaan, Suruhanjaya Tinggi & Konsulat Jeneral di Luar Negeri
  6. Penolong Pendaftar yang dilantik daripada kalangan parti-parti politik,agensi-agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan

Cara Untuk Mendaftar

Untuk Pemilih Biasa

Untuk mendaftar sebagai pemilih biasa, anda perlu:

(a)Datang sendiri ke mana-mana pusat-pusat pendaftaran;

(b)Serahkan kad pengenalan anda kepada petugas SPR yang akan mengisikan borang pendaftaran anda;

(c)Semak borang pendaftaran yang telah diisikan oleh petugas SPR dan pastikan semua maklumat yang diisikan adalah betul dan mengikut sebagaimana dalam kad pengenalan anda sebelum menurunkan tandatangan;

(d)Menurunkan tandatangan anda selepas berpuas hati; dan

(e)Dapatkan salinan borang pendaftaran dan simpan sebagai bukti sekiranya perlu untuk membuat sebarang tuntutan semasa tempoh pameran, Rang Daftar Pemilih Tambahan nanti.

Untuk Pengundi Tidak Hadir

Anggota Tentera

Pendaftaran PTH dari kalangan ATM dilaksanakan oleh pegawai-pegawai JRP-ATM. Untuk mendaftar sebagai PTH, anda perlu:

(a)Menghubungi petugas-petugas SPR yang dilantik dari kalangan pegawai JRP;

(b)Serahkan kad pengenalan tentera anda dan MyKAD (untuk pasangan) kepada petugas yang dilantik oleh SPR yang akan mengisikan borang pendaftaran anda.

(c)Apabila diserahkan kembali borang yang telah diisikan, semak borang pendaftaran yang telah diisikan dan pastikan semua maklumat yang diisikan adalah betul, sebelum menurunkan tandatangan;

(d)Turunkan tandatangan anda selepas berpuas hati; dan;

(e)Dapatkan salinan borang pendaftaran dan simpan sebagai bukti sekiranya perlu untuk membuat sebarang tuntutan semasa tempoh pameran draf Daftar Pemilih Tambahan.

Nota:

(a)Pusat Mengundi anggota ATM dan pasangan adalah ditetapkan mengikut alamat tempat bertugas anggota ATM tersebut.

(b)Hanya anggota ATM dan pasangannya sahaja yang layak untuk mendaftar sebagai PTH. Anggota keluarga yang lain perlu mendaftar sebagai pemilih biasa dan Pusat Mengundi ditetapkan menggunakan alamat kediaman pemohon (sebagaimana dalam kad pengenalan).

Warganegara Malaysia yang Berada di Luar Negara

Pendaftaran PTH dari kalangan penjawat awam atau pelajar di luar Negara serta pasangan mereka dilaksanakan oleh pegawai-pegawai pejabat Pesuruhjaya Tinggi, Kedutaan atau Konsulat Malaysia di luar negara. Untuk mendaftar sebagai PTH (luar negara), anda perlu:

(a)Datang sendiri ke pejabat Pesuruhjaya Tinggi, Kedutaan atau Konsulat Malaysia di luar negara;

(b)Serahkan MyKad atau pasport anda kepada petugas yang dilantik oleh SPR yang akan mengisikan borang pendaftaran anda;

(c)Nyatakan alamat tempat tinggal di luar Negara anda, pekerjaan anda dan nombor siri borang A kepada petugas untuk diisikan dalam sehelai kertas A4 dan dikepilkan dengan borang pendaftaran anda.

(d)Semak borang pendaftaran yang telah diisikan dan pastikan semua maklumat yang diisikan adalah betul, sebelum menurunkan tandatangan;

(e)Turunkan tandatangan anda setelah berpuas hati; dan

(f)Dapatkan salinan borang pendaftaran dan simpan sebagai bukti sekiranya perlu untuk membuat sebarang tuntutan semasa tempoh pameran Rang Daftar Pemilih Tambahan.

Setelah selesai urusan daftar mengundi, anda bolehlah membuat semakan lokasi mengundi secara online. Ianya mengambil masa untuk nama anda dimasukkan didalam sistem.

Semakan Lokasi Pengundian Online

Semakan lokasi pengundian online boleh dibuat melalui lamn web SPR.

Anda hanya perlu ke pautan daftarj.spr.gov.my/DAFTARJ. Masukkan kad pengenalan dan askara captcha. Klik semak dan maklumat anda akan dipaparkan.Semakan lokasi pengundian online

Semoga bermanfaat.

Leave a Reply