Cara-Cara Merawat Ulser Mulut menggunakan Baking Soda

Ulser mulut memang memedihkan dan menyebabkan anda susah untuk makan dan bercakap. Nampak sahaja benda ini kecil, namun ia memang mengganggu mood anda. Ia selalunya muncul pada bibir anda. Kadang-kadang ia muncul secara berjemaah pada mulut anda. Terdapat banyak rawatan seperti menyapukan gel Bonjela ataupun Oral Aid untuk merawat ulser pada mulut. Pada post kali ini, kami akan kongsikan bagaimana anda boleh merawat ulser mulut menggunakan baking soda.

Cara-Cara Merawat Ulser Mulut menggunakan Baking Soda

merawat ulser mulut menggunakan baking soda

Bagaimana untuk merawat ulser menggunakan baking soda ?

Baking soda bukan hanya hebat didapur. Malah ia juga hebat untuk merawat kesakitan-kesakitan pada bahagian tubuh badan manusia. Salah satunya ialah merawat ulser. Baking soda mengandungi anti-bakteria, anti-fungal dan antiseptic yang bagus untuk merawat ulser.

\

Ulser mungkin disebabkan oleh pengambilan makanan berasid yang banyak. Baking soda bertindak mengneutralkan keasidan dan mengembalikan keseimbangan tahap pH. Selain itu ia mempunyai sifat anti-radang yang berfungsi mengurangkan bengkak dan kesakitan pada ulser. Anti fungal dan antibakteria yang ada padanya membantu untuk melindungi tempat ulser dari jangkitan seterusnya meningkatkan kesihatan mulut anda. Bukan sahaja bagus untuk merawat ulser mulut, baking soda juga bagus untuk menghilangkan karang pada gigi.

Baca Juga: CARA-CARA HILANGKAN KARANG GIGI DENGAN BAKING SODA

Macamana menggunakan baking soda untuk merawat ulser?

Apa yang perlu anda lakukan ialah berkumur campuran baking soda dan air. Gunakan setengah sudu baking soda dan separuh gelas air. Kesan bengkak pada mulut akan berkurang disebabkan sifatnya yang anti-radang. Awas, jangan pula anda tertelan campuran tadi.

Selain itu, anda juga boleh jadikan baking soda seperti ubat gigi. Campurkna satu sudu baking soda dengan sedikit air supaya ia lebih pekat. Gunakan jari anda dan sapukan pada kawasan terjejas. Pastikan jari anda bersih untuk mengurangkan risiko jangkitan kuman. Mungkin ia akan memedihkan pada permulaan sapuan. Biarkan ia kering sebelum membasuhnya menggunakan air suam.

Tip dan Peringatan Ketika Merawat Ulser Mulut menggunakan baking soda

  • Elakkan memakan makanan yang berasid ketika ulser mulut
  • Anda akan rasa pedih ketika menyapu baking soda pada kawasan ulser
  • Jangan lupa untuk memcuci mulut anda menggunakan baking soda selepas setiap kali makan
  • Orang yang mempunyai tekanan darah tinggi haruslah berhati-hati ketika menggunakan rawatan ini supaya tidak tertelan baking soda tersebut. Ini kerana baking soda mempunyai kandungan sodium yang tinggi
  • Sekiranya ulser mulut anda semakin meruncing, anda disyorkan untuk mendapatkan rawatan diklinik ataupun berjumpa doctor gigi anda untuk konsultansi.

Sekian cara-cara merawat ulser mulut menggunakan baking soda. Harap ia bermanfaat kepada anda semua.

Leave a Reply