Cara-Cara Check CTOS Online

Pada entri kali ini, kami akan kongsikan cara-cara untuk check CTOS online. Sebelum itu, kita perlu tahu apa itu CTOS? CTOS ialah satu laporan kredit yang digunakan oleh bank-bank dan institusi kewangan bagi menilai status permohonan anda untuk membuat pinjaman.Skor dibentangkan dalam bentuk nombor 3-digit dalam lingkungan 300 sehingga 850. Lebih tinggi nilai skor, maka lebih rendah risiko kredit. Dengan membekalkan maklumat kepada pemberi kredit dan mewujudkan ketelusan, ini memberi mereka lebih keyakinan untuk berurusan dengan pihak-pihak dimana mereka tidak mempunyai apa-apa maklumat mengenai peminjam.

check ctos online

Laporan MyCTOS adalah komprehensif, memperincikan pengesahan identiti, pendedahan perniagaan, jawatan pengarah dan pemilikan perniagaan. Ia juga mengandungi butir-butir tindakan undang-undang, status kes serta maklumat muflis. Akhir sekali, laporan itu juga mengandungi komen subjek (jika berkenaan). CTOS hanya membekalkan maklumat kepada pelanggan kami. Sebarang keputusan berkenaan kelulusan atau kegagalan dilakukan oleh pihak peminjam sendiri.

\

CTOS mengumpul maklumat daripada pelbagai sumber umum termasuklah:

  • Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
  • Pendaftar Pertubuhan
  • Penerbitan prosiding undang-undang dan notis di akhbar dan warta kerajaan
  • Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
  • Jabatan Insolvensi Malaysia
  • Sumbangan rekod litigasi daripada Pelanggan

Cara Check CTOS Online

Bagaimana anda boleh mendapatkan Laporan CTOS?

  1. Mendaftar di laman web CTOS untuk mendapatkan ID Pengguna di Register CTOS Online.
  2. Setelah ID Pengguna CTOS anda diaktifkan, anda boleh mengakses laporan anda pada bila-bila masa melalui Internet atau aplikasi telefon pintar CTOS.
  3. Anda boleh menyemak CTOS Score anda pada telefon bimbit menggunakan dua Applikasi ini:

Pendaftaran untuk CTOS ID adalah percuma. Untuk mendapatkan laporan CTOS juga adalah percuma.

Manfaat mengetahui CTOS Score Anda

  • Meningkatkan peluang anda untuk mendapatkan pinjaman
  • Kelulusan pinjaman lebih cepat
  • Perancangan kewangan peribadi menjadi lebih mudah
  • Memantau status kesihatan kredit anda
  • Lebih kredit disediakan
  • Keputusan kredit yang lebih adil

Sekiranya maklumat didalam Laporan CTOS anda salah, anda haruslah menghubungi pihak CTOS untuk maklumat lanjut. Ia adalah hak dan tanggungjawab anda untuk mengemaskini maklumat di dalam Laporan MyCTOS anda. Apa yang anda perlu lakukan adalah menghubungi wakil perkhidmatan pelanggan kami di talian 03-2722 8833 atau sarus@ctos.com.my dan kemukakan kebimbangan anda. Pegawai itu mungkin meminta anda menyediakan bukti dokumentari penempatan atau kesimpulan iaitu surat pelepasan, penyelesaian, perintah mahkamah untuk pembatalan kes dan lain-lain. Apabila dokumen-dokumen diterima dan masukkan kenyataan yang berkaitan. Perkhidmatan mengemaskini rekod anda adalah percuma. Anda juga akan menerima laporan percuma selepas kemas kini ini. Sekian perkongsian dari kami.

Leave a Reply