Cara-Cara Mengatasi Ketagihan Facebook

Ketagihan Facebook merupakan perkara yang harus diberi perhatian. Ketagihan ini boleh menjejaskan produktiviti seseorang. Untuk mengatasi ketagihan Facebook, kita perlu tahu apakah yang trigger kepada masalah ketagihan ini.

Mengatasi Ketagihan Facebook

Mengatasi Ketagihan Facebook

Salah satu simpton ketagihan Facebook ialah anda akan sentiasa refresh newsfeed applikasi Facebook anda. Hal ini terjadi disebabkan anda tidak mahu terlepas sebarang update yang terbaru. Anda akan sentiasa memeriksa facebook tidak kira dimana samaada memandu, di dalam train mahupun ketika makan kerana takut terlepas info yang penting. Ini tahap ketagihan yang ketara. Tambahan pula applikasi Facebook jika anda perasan akan sentiasa memaparkan newsfeed tidak kira anda scroll sampai ke bawah sekalipun. Ini akan meningkatkan masa penggunaan pengguna pada applikasi mereka. Sekaligus membuatkan mereka ketagih dengan facebook. Hal ini merungsingkan kerana, kita seolah-olah tinggal di Facebook. Apa yang kita hendak buat pun akan terjejas sekiranya kita sentiasa melihat Facebook. Bukannya tak boleh, tapi berpada-padalah.

\

Pada post kali ini, kami akan kongsikan cara-cara mengatasi ketagihan Facebook.

Mengaku yang Anda Memang Ketagih Facebook

Anda tidak dapat menyelesaikan masalah sekiranya anda sentiasa menafikkanya. Anda hanya perlu jujur mengaku yang anda ketagih Facebook. Ini akan menjadikan anda lebih berasa lega. Tiada sebab untuk anda malu. Memberitahu rakan yang boleh dipercayai menganai matlamat anda untuk mengatasi masalah ketagih Facebook dapat membantu anda berada pada landasan betul, tamabahan pula rakan anda pun mempunyai niat yang sama. Saling bantu dan support sesama kawan akan menjadikan masalah untuk mengatasi ketagihan Facebook.

Sentiasa perhatikan tabiat yang akan trigger anda membuka Facebook

Benda yang ketagih ini berpunca dari habit kita sendiri. Macam Facebook mesti ada habit yang selalu kita buat yang dapat trigger untuk kita buka Facebook. Untuk permulaan anda boleh mencatat segala habit yang anda lakukan di Facebook seperti:

  • Apa yang anda lakukan? ( lihat notifikasi, refresh newsfeed, dan scrolling newsfeed)
  • Bila anda lakukan? (ditempat kerja, selepas bangun tidur, ketika dating)
  • Apa yang berlaku sebelum itu ( keaadan yang stress dan memenatkan berlaku, perkara penting)

Secara sedar mengakui semua habit tadi

Langkah ini dapat mengurangkan tempoh masa anda bersama Facebook buat jangka masa yang panjang sekiranya anda konsisten. Sekiranya anda terasa ingin update status atau memeriksa newfeed anda, kenalpasti apakah dorongan untuk anda membuat sedemikian. Adakah ia disebabkan habit yang anda catatkan atau ianya secara tidak sedar. Sekiranya anda mengenalpasti ianya disebabkan habit, anda akan terus boleh behenti untuk melakukannya. Dengan kaedah ini, ia akan mencipta satu psikologikal trigger yang dapat membantu anda mengatasi masalah ketagihan Facebook.

Gantikan habit yang dicatatkan dengan perkara yang positive

Ia amat mudah untuk menggantikan tabiat yang negative apabila anda bersedia untuk menggantikan dengan tabiat yang positif. Anda boleh mula memilih buku untuk dibaca sekiranya anda  ingin melihat Facebook. Membaca buku banyak memberi manfaat. Malah pengetahuan anda juga bertambah melaluinya. Kadang-kadang kita fikir di Facebook adalah tempat untuk mencari maklumat, namun disebabkan ia adalah tempat social maka ia akan mempengaruhi kita. Tujuan asal yang mana ingin mencari maklumat tidak terjadi seterusnya kita lekat disitu menghabiskan masa berjam-jam.

Kesimpulannya, melayari Facebook bukanlah satu kesalahan. Namun anda harus sentiasa berhati-hati agar anda tidak ketagih dengannya. Ini kerana ia dapat mengurangkan produktiviti anda. Setakat nak check 2-3 minit tu mungkin bolehlah. Tapi sentiasa berwaspada dengan mainan yang ditawarkan oleh Facebook.

Leave a Reply