Cara-Cara Halau Semut di Rumah Anda

Kehadiran semut di rumah sering merimaskan. Langkah perlu diambil untuk halau semut supaya mereka tidak bersarang dirumah anda. Kehadiran semut kebiasaanya disebabkan persekitaran rumah yang tidak bersih. Untuk post kali ini, kami akan kongsikan cara-cara untuk mengekalkan rumah anda bersih dan cara halau semut.

Untuk mencegah kehadiran semut dirumah anda kebersihan haruslah dititikberatkan. Selalu membersihkan tempat makan selepas makan salah satu cara untuk mencegah kehadiran semut. Selain itu, jangan kumpulkan sampah diatas rumah anda. Sesetengah orang meletakkan tong sampah didalam rumah terutama dibawah sink. Ini amat bahaya, bukan sahaja terdedah kepada kehadiran semut malah terdedah kepada bakteria.

\

Halau Semut di Rumah

halau semut

Langkah pertama yang perlu anda lakukan ialah mengenalpasti punca semut datang. Perhatikan dimana lubang mereka keluar. Ia akan memudahkan anda untuk halau mereka. Berikut merupakan bahan-bahan yang boleh anda gunakan untuk menghalau semut.

Cuka Epal

Bersifat antifungal dan anti-serangga membantu menghalau semut. Anda boleh meletakan larutan cuka epal kedalam botol spray dan semburkan pada lubang semut.

Klorin

Campuran air dan klorin bukan sahaja bahaya kepada semut malah ia juga bahaya kepada manusia. Oleh itu berhati-hati semasa menggunakkanya. Campuran kedua-dua bahan ini pasti dapat menghalau kehadiran semut dirumah anda.

Bawang Putih

Bau bawang putih tidak disukai oleh semut. Ia mempunyai aroma yang kuat. Hiris bawang putih kecil-kecil dan letakkan ditempat semut sentiasa ada dirumah anda. Anda juga boleh meletakkan dilubang sarang mereka dan juga bucu-bucu rumah.

Lada Hitam

Sama seperti bawang putih, lada hitam juga dapat halau semut melalui baunya yang kuat.

Kayu Manis

Kayu manis mengcegah kehadiran semut dirumah anda. Herba ini mempunyai aroma yang wangi dan menyebabkan semut lari dari mendekati bahan ini. Anda boleh letakkan kayu manis disarang semut atau gunakn minyak kayu manis untuk menghalau semut.

Serbuk Kopi

Sama juga seperti kayu manis. Bahan yang mempunyai aroma yang kuat pasti dapat menghalau semut.

Baca Juga: Cara-cara halau tikus dirumah anda

Kesimpulan

Untuk mengelakkan kehadiran semut, anda haruslah memastikan kebersihan dirumah anda. Letakkan sampah diluar rumah boleh mencegah kehadiran semut. Selain itu, anda haruslah membersihkan tempat makan anda untuk mengelakkan kehadiran semut. Menggunakan bahan-baha yang mempunyai bau dan aroma yang kuat seperti kayu manis dan serbuk kopi dapat halau semut dirumah anda.

Leave a Reply