Cara-Cara Hilangkan Jet lag

Bagi anda yang selalu mengunjungi negara luar untuk urusan kerja mahupun travel menggunakan kapal terbang pasti merasa jet lag. Jet lag ialah perubahan waktu tidur sementara atua merasa kepenatan dan kebingungan setelah menghadapi perjalanan panjang dengan melintasi beberapa zon waktu menggunakan kapal terbang. Ia akan mengganggu rutin harian buat beberapa hari selepas ketibaan. Pada entri kali ini kami kongsikan cara-cara hilangkan jet lag yang sempat kami kumpulkan di Internet.

Tip-tip Hilangkan Jet Lag

hilangkan jet lag

Sebelum Berlepas

Membuat Helah pada Jam Badan Anda.

Sekiranya anda tahu tarikh yang akan anda travel, cuba untuk tukarkan masa tidur anda samaada kehadapan ataupun kebelakang untuk beberapa jam. Bergantung kepada destinasi yang ingin dituju. Sekiranya anda travel ke timur, pastikan akan tidur awal. Manakala sekiranya anda travel ke barat, pastikan anda tidur lewat. Dengan perubahan ini, jam badan anda akan cuba menyesuaikan dengan persekitaran baru.

\

Semasa dalam Perjalanan

Skip makanan yang dihidangkan didalam kapal terbang

Makanan memainkan peranan penting dalam menghilangkan jet lag. Cuba ambil makanan pada waktu setempat destinasi yang anda tuju. Kebiasaanya makanan yang dihidangkan didalam kapal terbang mengikut waktu negara asal anda berlepas. Dengan mengubah waktu pengambilan makanan, akan memudahkan lagi anda untuk menyesuaikan diri dengan waktu setempat sekaligus hilangkan jet lag.

Kekal Terhidrat

Walaupun tidak makan terbukti berkesan hilangkan jet lag, jangan sesekali tidak meminum air! Udara didalam kapal terbang amat kering. Oleh itu, ianya adalah penting untuk anda meminum air sekurang-kurangnya dua kali ganda jumlah air yang anda ambil ketika didarat. Jauhkan daripada minuman-minuman berkarbonat, jus dan juga alcohol

Bergerak ketika dalam kapal terbang

Untuk mengelakkan rasa berat pada kaki, anda disarankan untuk bergerak didalam kapal terbang. Ini dapat meningkatkan peredaran darah pada kaki dan anda akan berasa lebih segar. Cuba untuk bangun dan berjalan di dalam kapal terbang setiap sejam. Sekiranya kapal terbang sesak dengan penumpang, cuba lakukan senaman ringan dan pastikan anda tidak duduk dalam posisi yang sama buat masa yang lama.

Kekal Aktif

Cuba untuk lakukan aktiviti-aktiviti yang dapat kekalkan anda aktif didalam kapal terbang seperti membaca buku ataupun berbual dengan orang disebelah anda. Menonton filem untuk 12 jam di skrin kecil akan menyebabkan anda lebih lemau dan keletihan sebaik tiba di destinasi.

Tukar masa anda kepada waktu setempat

Tetapkan jam ataupun telefon anda kepada waktu setempat. Ini dapat mengubah mindset anda and membantu anda merancang segala aktiviti di destinasi yang dituju lebih efektif.

Tidur dan bangun pada waktu setempat

Ini mungkin agak sukar sekiranya kabin krew telah memalapkan lampu kabin. Namun perkara ini terbukti berkesan. Langkah ini dapat mendedahkan badan anda kepada zon waktu yang baru. Sama seperti tidur, anda haruslah tetapkan waktu untuk anda bangun mengikut waktu setempat. Dengan melakukan perkara ini, otak anda akan berfikir anda memulakan hari baru.

Ketika Sampai di Destinasi

Teruskan Bergerak

Dedahkan diri anda kepada cahaya matahari, udara segar dan persekitaran setempat. Lakukan senaman ringan seperti berjalan dan sedikit regangan. Bercakap dengan orang disekitar ataupun lakukan sesuatu yang membuatkan anda gembira.

Berikut merupakan cara-cara untuk hilangkan jet lag yang dapat kami kumpulkan dan kongsikan. Kami berharap anda dapat manfaat darinya. Akhir kata selamat travel!

Leave a Reply