Cara-Cara Melatih Otak Berfikir Dengan Cepat

Untuk melatih otot anda pergi ke gim. Untuk meningkatkan stamina dan endurance anda melakukan aktiviti berbasikal dan mendaki gunung. Namun apa yang anda lakukan untuk melatih otak berfikir dengan cepat. Otak merupakan organ badan yang paling penting. Pernahkah anda terjumpa seseorang dan anda ingat rupa paras dia, tetapi anda tidak ingat namanya? Jika keadaan ini pernah terjadi dalam hidup anda maka marilah sama-sama kita melatih otak berfikir dengan cekap dan pantas untuk mengelak situasi akward itu tadi. Mengapa kita perlukan otak yang dapat berfikir dengan cepat? Otak yang berfikir dengan cepat dapat menjadikan kita seorang yang cepat belajar sesuatu skil atayu perkara baru. Sekaligus dapat meningkatkan produktiviti kita. Pada post kali ini kami akan kongsikan cara-cara untuk melatih otak berfikir dengan cepat.

Baca Juga : Cara-cara meningkatkan produktiviti di tempat kerja

\

Melatih Otak Berfikir Dengan Cepat

Lakukan Perkara Berbeza Berulang Kali.

Dengan melakukan perkara baru berulang kali dapat menghubungkan laluan saraf otak yang baru sekaligus membantu anda melakukan perkara tersebut dengan lebih baik dan pantas. Selain itu, dengan melakukan satu perkara kecil yang mana sebelum ini anda belum pernah melakukannya, dapat menbina laluan saraf yang baru.

Belajar Benda Baru

Semakin banyak anda menggunakan otak, semakin bagus ia berfungsi. Contohnya, mempelajari Bahasa baru. Dengan mempelajari Bahasa baru otak akan terdedah dengan pelbagai cara untuk berfikir sekaligus menterjemahkan pelbagai cara untuk anda menonjolkan diri. Anda juga boleh cuba belajar menari. Kajian menunjukkan belajar menari dapat membantu mengelakkan Alzheimer.

Senaman

Senaman bukan sahaja untuk mengeluarkan peluh. Malah ia membantu meningkatkan kecergasan otak anda. 20 minit senaman sudah dapat memaksimumkan pemprosesan maklumat dan fungsi ingatan. Bukan sahaja itu, senaman juga membantu otak membina rangkaian saraf dengan lebih cepat. Anda akan mudah belajar dan tahap kewaspadaan anda juga meningkat dan semua ini boleh didapati apabila anda menggerakkan badan ketika senaman.

Luangkan masa bersama orang tersayang

Sekiranya anda inginkan daya kognitif yang optimum, anda haruslah mempunyai satu hubungan yang bermakna di dalam hidup anda. Bercakap dan berinteraksi dengan orang yang anda sayang dapat membantu anda berfikir lebih jelas dan ia juga meningkatkan mood anda.

Makan makanan yang berkhasiat.

Makanan seperti ikan, buah-buahan dan sayur-sayuran baik untuk fungsi otak. Namun ada satu lagi makanan yang memang terbaik untuk otak iaitu dark chocolate.

dark chocolate dapat membantu melatih otak berfikir dengan cepat

Dark Chocolate dapat membantu melatih otak berfikir dengan cepat

Dark chocolate mengandungi dopamine yang membantu anda belajar dengan pantas dan mengingatinya dengan baik. Fungsi otak juga dapat ditingkatkan kerana coklat mengandungi flavonols dan antioksidan. Oleh itu, sekiranya anda mempunyai sesuatu yang susah untuk dilakukan, pastikan anda ambil dark chocolate!

Berikut lima cara-cara untuk melatih otak berfikir dengan cepat yang kami kongsikan. Kami harap anda dapat mengamalkannya untk meningkatkan tahap kecergasan otak anda.

Rujukan: lifehack.org

Leave a Reply