Cara-Cara Memilih Bantal untuk Keselesaan Tidur Anda

Selain memberi keselesaan ketika tidur, bantal juga penting untuk menyokong kepala dan tulang belakang. Bantal yang tidak selesa akan menyebabkan anda sentiasa berpusing ketika tidur. Tulang belakang dan kepala yang tidak mendapat sokongan yang bagus dari bantal akan menyebabkan kesakitan dan lagi teruk ia mengganggu penafasan anda ketika tidur. Ini akan mengganggu tidur anda. Oleh itu memilih bantal yang sesuai untuk digunakan dapat membantu anda meningkatkan kualiti tidur. Pada entri kali ini, kami akan kongsikan cara-cara untuk memilih bantal yang sesuai.

Cara-Cara Memilih Bantal untuk Keselesaan Tidur Anda

Pemilihan bantal yang sesuai dapat memberi tidur yang berkualiti

Pemilihan bantal yang sesuai dapat memberi tidur yang berkualiti 

Cara Tidur menentukan pilihan bantal anda

Langkah pertama yang perlu anda lakukan ialah mengenalpasti cara tidur anda. Cara tidur memainkan peranan penting dalam menentukan bantai yang sesuai untuk anda. Ada dikalangan kita yang gemar tidur mengiring dan ada yang tidur terlentang. Kedua-dua cara ini mempunyai pilihan bantal yang berbeza.

\

Sekiranya anda tidur mengiring, anda perlu bantal yang padat dan tebal. Bantal tebal dapat mengisi kekosangan jarak antara kepala dan bahu anda. Sekiranya menggunakan bantal yang nipis, kepala anda akan lebih kebawah dan akan menyebabkan kesakitan apabila tidur

Sekiranya anda tidur terlentang, anda memerlukan bantal yang nipis. Ini dapat mengelakkan kepala anda ditolak terlebih kehadapan.

Jenis bantal

Bantal yang dibuat daripada bulu asli tahan buat jangka masa panjang (tahan lebih 8 tahun). Bantal yang dipenuhi dengan kekabu buatan manusia selalunya tahan untuk tempoh masa enam bulan hingga dua tahun. Pakar tidur mensyorkan anda menukat bantal anda sekurang-kurangnya 12-14 bulan sekiranya ia menggunakan kekabu buatan manusia. Walaubagaimanapun, tidak kisahlah bantal itu dibuat daripada apa pun, sekiranya bentuk bantal itu sudah berubah dan tidak menyokong kepala dan tulang belakang anda, anda harus menukarnya. Apa yang penting, bantal yang anda beli nanti mempunyai ciri-ciri yang menyokong kepala dan tulang belakang anda!

Jumlah bantal yang diperlukan

Sekali lagi ia bergantung kepada cara tidur anda. Yang penting adalah fungsi bantal itu sendiri yang melindungi kesihatan kepala dan tulang belakang anda. Mungkin anda memerlukan dua bantal sekiranya anda seorang yang berdengkur. Sekiranya anda berdengkur, anda boleh cuba tidur mengiring dan meletakkan satu bantal dibelakang untuk mengelakkan anda berpusing semasa tidur sekaligus memastikan anda sentiasa dalam keadaan mengiring.

Baca Juga : Cara-cara untuk hilangkan dengkur

Kesimpulannya, kami berharap anda mendapat sesuatu daripapa perkongsian ini. Pemilihan bantal yang sesuai dapat memberi tidur yang berkualiti kepada anda.

Leave a Reply