Cara-Cara Mengatasi Ketagihan Kanak-Kanak pada Gajet

Ketagihan kanak-kanak pada gajet adalah perkara yang harus dipandang serius. Sekiranya kita mahukan anak-anak kita lebih produktif, kita seharuslah mendidik mereka dari umur yang muda. Telefon dan tablet boleh dijadikan sebagai alat produktif untuk orang dewasa dan kanak-kanak. Namun, penggunaan yang berlebihan boleh memudaratkan dan menyebabkan ketagihan yang mana boleh memberi kesan negatif untuk jangka masa panjang. Oleh itu, kita haruslah mengawal masa pendedahan anak-anak kepada gajet bagi mengelak ketagihan dan kebergantungan mereka kepada alatan elektronik tersebut. Kami akan kongsikan cara-cara mengatasi ketagihan anak-anak pada gajet.

Ketagihan kanak-kanak pada gajet perkara yang serius

Ketagihan Kanak-Kanak pada Gajet

Limitkan Masa Bermain Gajet

Kajian dilalukan oleh The American Academic of Pediatric (AAP) menyarankan kanak-kanak sepatutnya terdedah kepada bahan digital media maximum satu jam sahaja untuk sehari. Menonton televisyen adalah option yang terakhir untuk memberi mereka hiburan. Cuba untuk mengurangkan sedikit demi sedikit penggunaan gajet dirumah sehingga mencapai gol satu jam sehari.

\

Gantikan gajet dengan alternative lain

Pastikan masa anak-anak anda diisi dengan alternative lain selain daripada gajet. Mungkin pada awal mereka akan memberontak, tapi lama-kelamaan mereka mungkin akan setuju dengan perubahan. Kenalkan mereka dengan aktiviti yang baru seperti meluangkan masa bersama, melakukan sukan, role-play dan membaca.

Selalu menemani mereka ketika bermain gajet

Penggunaan gajet pada anak-anak sepatutnya tidak digunakan sebagai alat untuk mereka tidak menggangu anda. Kajian menunjukkan, penglibatan anda menonton bersama-sama meningkatkan interaksi diantara anak-anak dan ibu bapa.

Sentiasa periksa apa yang mereka tonton

Ini penting bagi memastikan konten yang ditonton oleh anak-anak anda adalah bermanfaat. Sentiasa periksa apa yang mereka tonton. Elakkan mereka daripada menonton konten yang akan mengurankan perhatian dan meningkatkan ketagihan.

Baca Juga: CARA-CARA SEMAK PEMILIK NOMBOR TELEFON YANG TIDAK DIKENALI

Kesimpulan

Kesimpulannya, ibubapa sendiri perlu terlebih dahulu mengurangkan ketagihan mereka kepada gajet. Anak-anak melihat segala perilaku kita dirumah. Semasa dirumah kurangkan penggunaan gajet dihadapan anak-anak. Dengan cara ini, mereka lebih mudah untuk tidak menggunakan gajet kerana ibubapa mereka juga tidak menggunakan gajet. Selain itu, janganlah kita menggunakan gajet sebagai alat untuk menggantikan masa kita untuk meluangkan masa dengan mereka. Anak-anak kecil memerlukan masa bermasa ibubapa berbanding gajet.

Reference: Openpathnetwork

Leave a Reply