Cara-Cara Buat Aiskrim Sendiri dengan Mudah dan Sedap

Aiskrim. Siapa yang tak suka aiskrim. Semua orang sukakan aiskrim. Terdapat pelbagai aiskrim yang terdapat di pasaran. Tambah-tambah musim viral sekarang, macam-macam ciptaan baru aiskrim terhasil dari kreativiti masing-masing. Ada yang buat aiskrim pasu, aiskrim gulun dan banyak lagi lah. Namun, ada satu aiskrim yang sentiasa diingati oleh rakyat Malaysia, aiskrim Malaysia. Siapa yang tak pernah merasa aiskrim Malaysia pasti zaman kanak-kanaknya tidak lengkap. Cara pembuatan yang mudah menjadikan ia senang untuk didapati pada zaman dahulu. Sekarang admin pun tidak pasti ada lagi ke orang yang masih menjual aiskrim Malaysia ni. Untuk entri kali ni, kami akan kongsikan cara-cara membuat aiskrim komersil (yang macam Baskin Robbin tu, hehehe) dan juga cara buat aiskrim Malaysia.

Cara-Cara Buat Aiskrim Sendiri macam Baskin Robbin

buat aiskrim sedap

Aiskrim Komersil

Bahan-bahan

  • 1 tin susu cair
  • 1/4 tin susu pekat (bergantung kepada kemanisan yang dimahukan)
  • 1 biji telur
  • Sedikit Essence Vanilla
  • 1 sudu besar Ovalett / Emulsifier
  • Perasa yang dikehendaki (Contoh : Milo, strawberry dll.)

Cara Membuatnya

  • Campurkan susu cair, susu pekat, telur, ovalet dan essence vanilla ke dalam pengandun (mixer)
  • Adun selama 15-20 minit sehingga campuran bahan-bahan tadi sebati dan menjadi pekat
  • Masukkan perasa yang anda mahukan seperti Milo ataupun strawberry
  • Adun sekali lagi sehingga sebati
  • Masukkan adunan tadi kedalam bekas
  • Masukkan kedalam freezer sehingga keras.
  • Siap! Mudah kan?

Kalau dah beku tu bolehlah dihidangkan kedalam bekas-bekas kecil. Taburkan sedikit cip coklat untuk kemasan. Barulah macam Baskin Robbin. Hehehe.

\

Sekarang kita cuba buat pula aiskrim paling evergreen di Malaysia, aiskrim Malaysia

Aiskrim Malaysia

Bahan-Bahan

  • Air masak
  • Gula
  • Perasa yang dikehendaki : Sirap, Bandung, Milo, Asam Boi
  • Plastik aiskrim king kong. Hahaha
plastik aiskrim malaysia

Plastik Aiskrim King Kong

Cara Membuatnya

Bancuh perasa-perasa tadi bersama air yang telah dimasak. Langkahnya sama sahaja seperti anda ingin buat air untuk tetamu. Kalau nak buat aiskrim asam boi, mungkin anda memerlukan asam untuk dimasukkan sekali. Selepas selesai bancuhan tadi, masukkan kedalam plastic aiskrim. Simpul pada penghujung plastic. Letakkan didalam freezer. Siap. Lagi mudah kan?

Baca Juga : Cara-cara membuat kek batik yang ringkas

Berikut kami kongsikan cara-cara membuat aiskrim ala-ala baskin robbin dan aiskrim Malaysia. Harap anda dapat membuat aiskrim yang sedap dan nikmati bersama orang tersayang disekeliling anda. Enjoy!

Leave a Reply