Cara-Cara Jimatkan Wang Ketika Bercuti

Percutian sememangnya menyeronokkan apabila ia dapat dinikmati tanpa perlu memikirkan sebarang masalah. Bayangkan anda sedang menikmati percutian di pulau yang indah di Bora Bora sambil menjamu mata dengan air lagun yang berwarna firus. Semua hidupan laut seperti ikan yu, ikan pari dan yu berenang bebas dalam air laut yang jernih. Pastinya mengasyikkan.Bagaimana pula dengan dengan pemandangan luar biasa di lembah coklat keemasan Antelope Canyon? Keunikan bentuk muka bumi ngarai di Navajo, barat Amerika Syarikat itu sungguh ‘berseni’ sehingga dianggap antara 30 destinasi terbaik di dunia. Namun apa yang sentiasa merisaukan ketika bercuti ialah kehabisan wang. Jika duit simpanan sudah dileburkan pada tiket penerbangan, pasti ada cara untuk melancong tapi dalam masa yang sama masih boleh berjimat, bukan? Jadi, apa cara untuk jimakan wang ketika bercuti? Pada post kali ini, kami kongsikan cara-cara untuk jimatkan wang ketika bercuti yang dikongsikan oleh blogger bebas, Christine Johnsone.

Jimatkan Wang Ketika Bercuti

Blogger bebas, Christine Johnsone berkongsi 8 cara-cara menjimatkan wang ketika bercuti.

\
  • Cari aktiviti yang boleh dilakukan dengan percuma
  • Cari tempat penginapan yang memiliki dapur untuk sediakan sarapan mahupun makanan tengah hari. Lebih jimat lagi, jika anda memasak untuk makan malam
  • Berbelanja di pasar atau kedai tempatan kerana biasanya harga barang ditawarkan jauh lebih rendah berbanding restoran
  • Cari tempat penginapan yang berhampiran dengan pelbagai destinasi menarik supaya anda dapat kurangkan kos pengangkutan
  • Bawa snek dan minuman semasa keluar melawat tempat yang ingin dituju
  • Cari kad pelancongan bandar untuk dapatkan tiket percuma atau diskaun di restoran mahupun kedai-kedai
  • Tidak perlu bayar lebih untuk bilik yang mahal kerana anda akan lebih banyak habiskan masa di luar
  • Sediakan senarai perbelanjaan yang perlu dan cuba tepatinya!

Baca Juga : Cara-cara hilangkan Jet Lag ketika Travel

Kesimpulannya, berjimat ketika bercuti bukan sahaja dapat menyelamatkan poket anda, malah ia juga dapat membuatkan percutian anda lebih bermakna. Pengalaman pun dapat, duit pun jimat. Tetapi janganlah anda terlalu jimatkan wang ketika bercuti sehingga mengabaikan keselamatan dan kesihatan anda. Percayalah, ia akan menyusahkan dan menjadikan percutian anda sebagai nightmare. Akhir kata, selamat travel

Rujukan: Mstar

Leave a Reply