Cara-Cara Memohon PTPTN Secara Online

Kos pendidikan sering menjadi isu yang utama untuk menyambung pelajaran. Segelintir pelajar yang bertuah dapat menyambung penegajian dengan mendapat tajaan biasiswa. Namun sekiranya anda tiada biasiswa anda boleh memohon pinjaman PTPTN untuk menambung kos pengajian anda. Anda boleh memohon PTPTN secara online.

Cara-Cara Memohon PTPTN Secara Online

memohon ptptn secara online

Umum tahu PTPTN ataupun Perbadanan tabung Pendidikan Tinggi Nasional adalah sebuah badan yang menguruskan dana dan pemberian pinjaman pendidikan kepada pelajar. PTPTN telah ditubuhkan di bawah Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997 (Akta 566) yang mula berkuatkuasa pada 1 Julai 1997. PTPTN mula beroperasi pada 1 November 1997 di Bangunan Wisma Chase Perdana, Off Jalan Semantan, Damansara Heights, Kuala Lumpur. Antara matlamat penubuhan PTPTN adalah

\
  • Menguruskan pinjaman untuk tujuan pendidikan tinggi dan mengutip bayaran balik pinjaman;
  • Menyediakan skim simpanan dan mengurus deposit untuk tujuan pendidikan tinggi; dan
  • Melaksanakan apa-apa fungsi lain yang diberikan kepada PTPTN oleh mana-mana undang-undang bertulis.

Syarat-syarat memohon PTPTN

Sebelum kita memohon PTPTN, kita lihat dahulu syarat-syarat Permohonan PTPTN

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak melebihi 45 tahun pada tarikh memohon;
  • Mendapat tawaran ke IPTA/ IPTS dan Politeknik dengan memenuhi syarat kelayakan masuk yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA);
  • Kursus yang diikuti oleh pelajar IPTA/ IPTS dan Politeknik mestilah mendapat kelulusan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia dan berdaftar dengan PTPTN;*
  • Bagi pelajar-pelajar IPTS, kursus yang diikuti mestilah mendapat Sijil Perakuan Akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan masih di dalam tempoh sah laku semasa tarikh memohon;
  • Bagi pelajar yang mempunyai kelayakan berbeza pengesahan perlu diperolehi daripada jabatan atau agensi sebagaimana dinyatakan di atas;
  • Baki tempoh pengajian semasa membuat permohonan hendaklah tidak kurang dari satu (1) tahun;
  • Tiada penaja lain; dan
  • Telah membuka akaun SSPN-i**.

* Hanya kursus yang diluluskan tajaan PTPTN akan didaftarkan dan disenaraikan dalam Portal Permohonan Online PTPTN. Pihak IPT perlu membuat permohonan kepada PTPTN sekiranya ingin mendapatkan tajaan pembiayaan PTPTN.

** Hanya akaun SSPN-i yang mempunyai 15 digit sahaja yang boleh membuat permohonan PTPTN. Sila hubungi cawangan PTPTN berhampiran untuk menyemak nombor akaun SSPN-i 15 digit.

Memohon PTPTN secara Online

  • Pemohon telah menerima surat tawaran kemasukan ke IPT.
  • Pemohon perlu membeli No. PTPTN bernilai RM 5.00 di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN). No. PTPTN hanya sah dalam tempoh 6 bulan dari tarikh pembelian.
  • Pemohon perlu menyemak tarikh tutup permohonan (Klik sini).
  • Pemohon perlu mempunyai nombor akaun individu mengikut bank yang telah ditetapkan oleh IPT masing-masing.

Selepas anda mempunyai dan memenuhi segala kriteria diatas anda boleh terus ke pautan http://www.ptptn.gov.my/gateway/.

Isikan segala butiran dan maklumat yang diminta. Bagi no PTPTN ianya boleh didapati daripada pembelian yang anda buat di BSN sebelum ini.

memohon ptptn online

Pastikan semua maklumat yang anda isi adalah tepat. Sila semak segala butiran yang dimasukkan.

Selepas itu apa?

Anda perlu menunggu keputusan permohonan keluat. Biasanya lebih kurang sebulan dari tarikh yang anda daftar. Anda akan dapat email dari pihak PTPTN yang menyatakan samada permohonan anda berjaya atau tidak. Sekiranya berjaya and boleh terus cetak dokumen perjanjian PTPTN. Isi mengikut panduan yang diberi. Sediakan semua dokumen awal-awal. Pihak PTPTN akan dating ke IPT masing-masing. Submit semua dokumen tersebut kepada pihak PTPTN. Betulkan terus maklumat yang mungkin ada kesilapan. Sekiranya semuanya okay, insyaALLAH duit pinjaman anda akan masuk terus ke akaun.

Leave a Reply