Cara-Cara Menolak Tawaran Kerja dengan Baik

Bagi anda yang sedang mencari kerja, pasti penah merasai kekecewaan apabila syarikat yang anda mohon kerja tidak menghubungi anda selepas temuduga, walaupun anda tidak dipilih. Ia menimbulkan tanda tanya samada anda dapat ataupun tidak pekerjaan itu. Sama seperti anda, syarikat yang ingin mengambil anda kerja juga akan kecewa sekiranya mereka tidak mendengar apa-apa dari anda selepas memilih anda untuk bekerja ditempat mereka. Mereka tertanya-tanya samaada kita bersetuju dengan tawaran tersebut ataupun tidak. Sebagai calon temuduga yang bagus, anda tidak akan kecewakan syarikat yang telah memberi peluang kepada anda untuk ditemuduga. Jadi pada entri kali ini kami akan kongsikan cara-cara untuk menolak tawaran kerja dengan baik supaya semua pihak tidak terluka.

Cara-cara menolak tawaran kerja

menolak tawaran kerja

Sebab menolak tawaran kerja

Ada beberapa sebab mengapa anda menolak tawaran kerja tersebut setelah terpilih. Antaranya,

\
  • Merasakan gaji yang dibayar tidak setimpal dengan pekerjaan anda
  • Mendapat tawaran lain yang lebih bagus
  • Jawatan yang ditawarkan tidak sesuai dengan kebolehan anda
  • Merasakan tidak sesuai didalam persekitaran syarikat tersebut

Sekiranya anda berada dalam situasi tersebut, ianya bagus untuk menolak tawaran pekerjaan tersebut. Menghantar surat menolak tawaran kerja adalah bagus kerana:

  • Ia adalah sesuatu perkara yang dihormati
  • Ia membolehkan syarikat mencari calon lain dengan cepat. Tidak tertunggu-tunggu

Apa yang perlu ada didalam surat menolak tawaran kerja?

Surat menolak tawaran kerja haruslah sopan, ringkas dan tepat. Berikut kami senaraikan tip-tip untuk menulis surat menolak tawaran kerja. Apa yang perlu anda nyatakan dalam surat nanti ialah

  • Hantar surat kepada hiring manager
  • Sebab anda menolak. Haruslah jujur dan iklas menyatak sebab. Nyatakan sebab yang munasabah.
  • Mencadangkan pengganti sekiranya anda mempunyai calon yang bagus.

Contoh Surat Menolak Tawaran Kerja

Berikut merupakan contoh surat untuk menolak tawaran kerja:

Kepada En Ahmad, Hiring Manager SONY

Wisma SONY, Jalan Sultan Ismail,

54000 Kuala Lumpur

1 Julai 2017

Tuan,

Terima kasih kerana telah menawarkan kepada saya jawatan sebagai Pegawai Eksekutif di SONY. Namun pada masa kini saya telah menerima tawaran kerja dengan syarikat lain. Saya amat menghargai usaha tuan yang telah sudi menemuduga saya dan berkongsi maklumat berkenaan peluang kerja di agensi tuan.

Pertimbangan dari pihak tuan saya dahului dengan ucapan terima kasih.

 

(Tanda tangan)

Saya Zam

Tel: 013-9425566

Email: sayazam@yahoo.com.my

Kesimpulannya, ianya agak sukar untuk menolak tawaran pekerjaan terutama anda terdesak untuk mendapat kerja. Dalam keadaan ekonomi sekarang ini, mungkin ia agak sukar untuk mengalami situasi seperti ini. Calon akan terima apa jua perkerjaan. Memilih pekerjaan yang sesuai mungkin akan memberi perbezaan dalam hidup anda. Akhir kata, selamat mencari pekerjaan!

Leave a Reply