Cara-Cara Belajar Dengan Berkesan

Kebiasaanya pelajar menghadapi kesukaran untuk belajar dengan berkesan. Sering ada gangguan dan halangan yang membolehkan mereka belajar dengan berkesan. Tabiat belajar memainkan peranan penting dalam menentukan keberkesanan ketika belajar. Kunci utama ketika belajar ialah belajar secara berkesan. Berikut kami kongsikan cara-cara untuk belajar dengan berkesan yang dapat anda praktikkan.

Belajar Dengan Berkesan

belajar dengan berkesan

Tempat Anda Belajar

Ramai orang membuat silap apabila memilih tempat untuk mereka mengulangkaji pelajaran. Tempat memainkan peranan penting dalam memberi kesan yang bagus ketika belajar. Tersilap pilih tempat dapat mengurangkan focus kita semasa belajar. Sekaligus menjejaskan masa pembelajaran kita. Elakkan daripada memilih tempat yang dapat mengganggu tumpuan anda seperti bilik yang dipenuhi rakan-rakan anda, bilik TV dan juga bilik computer. Tempat-tempat tersebut dapat mengalihkan perhatian daripada belajar.

\

Perpustakaan adalah tempat yang ideal untuk anda belajar. Persekitaran yang senyap dapat membantu anda focus ketika belajar. Malah, kebanyakkan orang yang berada di perpustakaan mempunyai sifat yang positif yang mana bagus untuk persekitaran anda. Mencari tempat yang senyap dan tanpa gangguan adalah penting dalam menentukan keberkesanan pembelajaran anda.

Pastikan Kelengkapan yang dibawa ketika belajar sudah mencukupi

Membawa benda-benda tidak penting ketika belajar seperti laptop ataupun telefon dapat menjejaskan focus anda ketika belajar. Kenal pasti samaada anda betul-betul memerlukan laptop tersebut ataupun tidak. Memang bagus menggunakan laptop untuk menulis ataupun merujuk nota, namun kecenderungan anda untuk menggunakan laptop untuk tujuan lain seperti melayari internet dan menjawab emel lebih tinggi. Oleh itu, anda haruslah tanya pada diri sendiri samaada anda perlukan atau tidak laptop ketika belajar. Pastikan anda membawa peralatan yang mencukupi untuk tujuan pembelajaran anda sahaja. Selain dapat meningkatkan focus anda, ia juga akan menjimatkan masa anda.

Catat Nota ketika belajar

Ini merupakan perkara asas ketika belajar. Mencatat nota dapat meningkatkan memori anda mengenai sesuatu subjek. Dengan mencatat nota, perkara yang anda belajar akan mudah difahami. Mungkin setiap orang mempunyai cara untuk mencatat nota tersendiri. Anda juga perlu mencipta mengikut gaya anda sendiri. Ini kerana, ia akan memudahkan lagi ingatan anda tentang sesuatu perkara, tambahan pula ia mempunyai ciri-ciri yang unik. Menggunakan ayat sendiri berdasarkan pemahaman anda boleh meningkatkan lagi keberkesanan anda untuk belajar. Anda boleh merujuk nota rakan anda, namun anda harus menulis semule mengikut kefahaman anda. Ini dapat mengelakkan perbezaan kefahaman mengenai sesuatu subjek. Mungkin kawan anda faham cara lain, dan anda faham cara lain. Nota-nota yang dicatat ini dapat digunakan untuk membuat ulang kaji secara pantas sebelum memasuki dewan peperiksaan.

Permainan Memori

Permainan memori merupakan satu cara untuk anda meningkatkan daya memori anda. Ia dapat membantu anda menginati sesuatu maklumat dengan lebih pantas dan menyimpanya didalam memori buat masa yang panjang. Mungkin anda pernah dengan akronim yang digunakan untuk menghafal sesuatu perkara seperti menghafal warna perlangi menggunakan huruf awalan warna pelangi tersebut.

Baca Juga: Cara-cara melatih otak berfikir dengan cepat

Kunci utama untuk permainan memori adalah menggunakan sesuatu perkataan ataupun gambaran untuk mengingatkan anda kepada informasi yang anda sedang pelajari. Bukan semua orang boleh memanfaatkan kaedah ini. Namun ianya boleh dijadikan salah satu cara untuk belajar dengan berkesan.

Membuat latihan sendiri atau bersama rakan

Setelah anda penat belajar ditempat yang senyap, membuat nota, mengingatinya, kini tiba masa untuk anda menguji tahap kefahaman anda tentang sesuatu perkara. Anda boleh mengujinya dengan membuat latihan. Latihan dapat dijalankan bersama rakan-rakan ataupun secara sendirian. Sesetengah pelajar suka untuk belajar secara berkumpulan. Ia bukan sahaja dapat menambahkan pemahaman malah dapat berkongsi input masing-masing mengenai sesuatu subjek. Namun begitu, kebiasaanya belajar secara berkumpulan hanyalah bagus untuk 4-5 orang sahaja. Lebih daripada itu, mungkin ia tidaklah berkesan. Kalau dah ramai sangat, mulalah bercakap benda tidak bermanfaat. Oleh itu, pastikan kumpulan belajar anda sentiasa kecil bagi mengekalkan focus ketika belajar.

Kesimpulan

Berikut kami senaraikan cara-cara belajar dengan berkesan. Pembelajaran yang berkesan dapat memberi anda kejayaan dalam pelajaran anda. Sentiasa mengekalkan focus adalah kunci utama untuk belajar secara berkesan. Jauhkan daripada segala gangguan dan halangan yang boleh memesongkan perhatian anda. Mencari tempat yang tenang dan senyap boleh memberi kesan kepada hasil belajar anda. Berbincang dalam kumpulan dapat meningkatkan lagi pemahaman anda mengenai sesuatu perkara. Akhir kata, selamat berjaya dalam pelajaran anda dan kongsikan artikel ini kepada rakan-rakan anda supaya kita sama-sama mendapat manfaat darinya.

Rujukan :Psychcentral.com

Leave a Reply