Cara-Cara Memohon Kemasukan Ke MRSM

MRSM menyediakan sistem pendidikan yang berteraskan ilmu, teknologi dan nilai-nilai keusahawanan bagi melahirkan insan cemerlang yang holistik dan berintegriti. MARA mempelawa pelajar TAHUN ENAM 2017 yang berminat serta cemerlang dalam sahsiah diri dan akademik untuk kemasukan ke tingkatan 1 MRSM tahun 2018 di Semenanjung Malaysia. Keutamaan diberikan kepada pemohon daripada keluarga berpendapatan rendah di luar bandar dan bandar. Cara-cara memohon kemasukan ke MRSM adalah seperti berikut.

Cara Memohon Kemasukan Ke MRSM

kemasukan ke mrsm

Pemohon hendaklah mempunyai keperibadian yang baik dan memenuhi

\

syarat kelayakan seperti di bawah:

  • Memiliki sikap diri yang positif.
  • Tahap kesihatan yang baik dan mampu menjalani program kecerdasan fizikal.
  • Pelajar bersedia untuk tinggal di asrama sepanjang tempoh pengajian dan mematuhi arahan serta peraturan dengan penuh disiplin.
  • Memperoleh keputusan 6A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun 2017.
  • Aktif kegiatan kokurikulum dan bersedia mengikuti pelbagai program yang dianjurkan.
  • Sentiasa menjaga nama baik keluarga, MRSM dan MARA.

CARA MENDAPATKAN KATA LALUAN MELALUI ONLINE :

Pemohon baru perlu mendapatkan kata laluan permohonan terlebih dahulu secara dalam talian (online). Pemohon perlu layari laman web berikut untuk mendapatkan kata laluan permohonan. https://mohon.mrsm.edu.my/form1/login.jsp

MENGISI BORANG PERMOHONAN ONLINE :

Sila rujuk Lampiran 1. Selepas mendapat kata laluan, pemohon mestilah mengisi borang permohonan online melalui laman web https://mohon.mrsm.edu.my/form1/login.jsp. Pemohon mestilah mengisi semua maklumat yang diperlukan di dalam borang permohonan online dan memastikan borang tersebut dihantar secara online. Untuk maklumat lanjut sila layari laman web MARA di alamat : http://www.mara.gov.my

ONLINE SELF-ASSESSMENT (OSA)

Pemohon juga perlu menjawab Online Self-Assessment bagi subjek Keperibadian dan Bahasa Inggeris dalam tempoh yang ditetapkan di pautan (link) yang akan diberikan dalam cetakan borang permohonan.  Anda perlu mengisi nombor telefon dan emel yang boleh dihubungi untuk memudahkan penyaluran maklumat permohonan.

Pemohon mestilah memilih MRSM yang dinyatakan mengikut program sebagai pilihan pertama semasa mengisi borang permohonan.  Cetakan borang permohonan dan semua dokumen berkaitan yang telah disahkan perlu dibawa ke pusat ujian semasa UKKM.

UJIAN KECENDERUNGAN KEMASUKAN KE MRSM (UKKM) DAN TEMUDUGA

Pemohon yang layak menduduki UKKM akan dimaklumkan melalui emel dan Khidmat Pesanan Ringkas (SMS). Kelayakan menduduki UKKM ini akan dimaklumkan selepas keputusan UPSR 2017 diumumkan.  Pemohon perlu log masuk semula ke dalam sistem permohonan melalui laman web https://mohon.mrsm.edu.my/form1/login.jsp untuk memilih pusat ujian UKKM. Pemilihan pusat ujian ini akan dibuka selama seminggu.

Sila rujuk laman web MARA dari semasa ke semasa untuk maklumat terkini. Pemohon akan menduduki UKKM pada tarikh dan pusat ujian yang telah dipilih berdasarkan kekosongan. Pemohon yang berjaya ditawarkan UKKM mestilah membawa cetakan borang permohonan dan dokumen berkaitan yang telah disahkan ke pusat ujian yang dipilih.

Leave a Reply