Cara-Cara Menutup Akaun Facebook

Facebook mungkin merupakan satu alat yang penting untuk menghubungkan anda dan rakan-rakan anda. Namun, bagi sesetengah orang ianya agak merimaskan, tambahan pula dengan perkongsian berita-berita yang tidak bermanfaat dan juga pengiklanan yang berterusan. Tidak lupa juga ada yang ketagih dengan Facebook. Oleh itu, ada segelintir yang terasa untuk menutup akaun Facebook. Bagi anda yang ingin menutup akaun Facebook, anda boleh mengitkuti cara-cara yang kami kongsikan pada entri ini.

Baca Juga : Cara-Cara Mengatasi Ketagihan Facebook

\

Cara-Cara Menutup Akaun Facebook

menutup akaun facebook

Bagaimana untuk tutup sementara Facebook Anda?

Tahukah anda, anda boleh menutup akaun Facebook anda buat sementara waktu. Ini dapat memberi ruang untuk anda behenti sekejap daripada Facebook. Ianya juga adalah option untuk anda kembali menggunakkan Facebook. Berikut merupakan cara-cara untuk menutup Facebook anda buat sementara waktu.

  1. Klik anak panah bawah pada bahagian atas kanan Facebook
    Menutup akaun Facebook
  2. Pilih “Setting”
  3. Klik “General” pada bahagian kiri
    Menutup akaun Facebook 2
  4. Anda akan nampak option “Deactivate your Account”
  5. Klik link “Deactivate your Account”
  6. Masukkan Password Anda dan klik “Continue”

Selesai. Kini anda sudah tutup sementara akaun Facebook anda. Dalam tempoh ini, profile anda tidak akan muncul pada tatapan orang lain. Selain itu, kawan-kawan anda juga tidak dapat mencari anda, namun ada sesetengah maklumat seperti mesej kepada rakan anda masih ada.

Sekiranya anda ingin kembali ke Facebook, anda hanya perlu “Log In” seperti biasa menggunakan email dan kata laluan anda. Profile anda akan kembali seperti biasa.

Menutup Akaun Facebook anda Secara Kekal

Sekiranya anda ingin menutup terus akaun Facebook anda, anda hanya perlu ke link https://www.facebook.com/help/delete_account, klik “Delete My Account”. Selesai. Mudah kan untuk delete akaun Facebook.

Menutup akaun Facebook 3

Ia mengambil masa 90 hari untuk Facebook membuang semua maklumat yang anda postkan di Facebook seperti gambar, status dan juga data yang ada didalam sistem sokongan. Sementara Facebook membuang semua informasi, ianya tidak boleh diakses oleh orang lain yang menggunakan social media tersebut.

Mesej yang anda hantar kepada orang lain masih dapat diakses dan dilihat oleh mereka. Sekiranya anda ingin membuang mesej tersebut, anda hanya perlu menghubungi mereka untuk membuangnya.

Berikut kami kongsikan cara-cara untuk menutup akaun Facebook bagi anda yang berhajat untuk menutupnya. Semoga ia bermanfaat.

Leave a Reply