Cara-Cara Buat Aiskrim Milo

Milo memang terkenal dikalangan rakyat Malaysia. Minuman milo yang panas mahupun sejuk sentiasa memberi suasana santai kepada peminumnya. Namun ada satu benda yang lagi best mengenai Milo iaitu Aiskrim Milo. Terdapat aiskrim berperisa Milo yang boleh didapati dipasaraya namun harganya agak mahal. Jangan risau. Untuk entri kali ini kami kongsikan cara buat aiskrim milo yang ringkas dan sedap. Ada dua jenis aiskrim yang boleh anda buat menggunakan milo. Samaada aiskrim macam baskin robin ataupun aiskrim Malaysia. Jom kita lihat bahan-bahan dan cara-cara untuk membuat aiskrim milo.

Cara-Cara Buat Aiskrim Milo

cara buat aiskrim milo

Foto Kredit : Nestle.com

Bahan-bahan

  • 1 tin susu cair
  • 1/4 tin susu pekat (bergantung kepada kemanisan yang dimahukan)
  • 1 biji telur
  • Sedikit Essence Vanilla
  • 1 sudu besar Ovalett / Emulsifier
  • Serbuk Milo

Cara Membuatnya

  • Campurkan susu cair, susu pekat, telur, ovalet dan essence vanilla ke dalam pengandun (mixer)
  • Adun selama 15-20 minit sehingga campuran bahan-bahan tadi sebati dan menjadi pekat
  • Masukkan Milo secukup rasa. Ikut kemanisan dan kepekatan yang anda mahukan.
  • Masukkan adunan tadi kedalam bekas
  • Masukkan kedalam freezer sehingga keras.
  • Siap! Mudah kan?

Kalau dah beku tu bolehlah dihidangkan kedalam bekas-bekas kecil. Taburkan sedikit cip coklat untuk kemasan. Barulah macam Baskin Robbin. Hehehe.

\

Aiskrim Malaysia Perisa Milo

Sekarang kita cuba buat pula aiskrim paling evergreen di Malaysia, aiskrim Malaysia menggunakan milo

Bahan-Bahan

  • Air masak
  • Gula
  • Serbuk Milo
  • Plastik aiskrim king kong. Hahaha

Cara Membuatnya

Bancuh perasa-perasa tadi bersama air yang telah dimasak. Langkahnya sama sahaja seperti anda ingin buat air untuk tetamu. Kalau nak buat aiskrim milo, mungkin anda memerlukan air panas untuk membancuhnya. Selepas selesai bancuhan tadi, biarkan ia sejuk sebelum memasukkan kedalam plastik aiskrim. Simpul pada penghujung plastik. Letakkan didalam freezer. Siap. Lagi mudah kan?

Baca Juga : Cara-Cara Buat Aiskrim Sendiri dengan Mudah dan Sedap

Berikut kami kongsikan cara-cara membuat aiskrim milo ala-ala baskin robbin dan aiskrim Malaysia perisa milo. Harap anda dapat membuat aiskrim yang sedap dan nikmati bersama orang tersayang disekeliling anda. Enjoy!

Leave a Reply