Cara-Cara untuk Berhenti Kerja dengan Baik

Akan ada pada satu masa anda termenung jauh dan berfikir lama, adakah anda gembira dengan kerja yang anda lakukan sekarang ataupun berfikir untuk berhenti kerja meneruskan hidup dengan melakukan kerja yang anda suka. Namun adakah senang untuk berhenti kerja? Tambahan pula anda telah bekerja lama di sesuatu tempat. Mungkin anda akan rasa tersepit dengan keadaan ini. Walaubagaimanapun, sekiranya anda betul-betul mahu move on dari keadaan ini, dan berhenti kerja adalah jalan yang terbaik, apakah cara untuk berhenti kerja dengan baik supaya tiada siapa yang terluka? Untuk entri kali ini kami kongsikan tip-tip untuk anda yang ingin berhenti kerja ditempat kerja anda dengan baik.

Cara untuk Berhenti Kerja dengan Baik

cara-cara untuk berhenti kerja dengan baik

Kekalkan Persekitaran Positif dan Natural

Sekiranya anda mahu berhenti kerja, sentiasa kekalkan persekitaran positif dan natural dikalangan orang dipejabat. Kerja atau bos anda mungkin teruk, dan ini mungkin salah satu sebab anda mahu berhenti kerja, namun sentiasa positif dengan keadaan ini. Jangan sesekali mengadu keburukan bos ataupun kerja anda kepada orang lain. Ini juga penting kerana kemungkinan tempat kerja baru anda akan menanyakan sikap tempat kerja lama pada bos lama anda. Jika anda menunjukkan perkara negative pada mereka, adakah mereka akan memberi review yang baik tentang anda?

\

Apa yang perlu anda lakukan keitka hendak berhenti kerja anda?

Berterima kasih kepada bos anda. Mengucapakan terima kasih sebagai penghargaan kepada bos anda adalah satu perkara yang bagus untuk diamalkan ketika berhenti kerja. Mereka telah menyediakan anda peluang untuk belajar benda baru dan mengembangkan diri anda. Oleh itu, mengucapkan terima kasih kepada mereka adalah penting walaupun kadang-kadang mereka menyebabkan anda stress. Hehehe

Sebab anda Berhenti. Menyatakan sebab anda berhenti adalah penting. Pihak atasan haruslah tahu mengapa anda mahu berhenti. Anda haruslah tidak meletakkan alasan yang boleh memberi gambaran buruk terhadap bos dan pekerja lain. Berterus teranglah dengan alasan berhenti kerja anda. Mungkin anda berhenti disebabkan ingin meneruskan pengajian mahupun menjaga orang tua anda.

Menawarkan Diri untuk Membantu Pekerja Lain Sebelum Berhenti. Sekiranya anda mempunyai masa, anda boleh menawarkan diri untuk membantu pekerja lain sebelum berhenti. Ini bukan sahaja dapat meringankan beban bos anda, malah ia juga dapat memberi kesan positive kepada review anda.

Notis 2 minggu awal. Kebiasaanya, notis 2 minggu harus diberikan kepada bos sekiranya anda mahu berhenti. Oleh itu, anda perlulah menyediakan notis berhenti 2 minggu sebelum berhenti. Namun, ianya bergantung kepada perjanjian anda bersama syarikat semasa mula bekerja dahulu. Sentiasa menghormati perjanjian tersebut supaya ia tidak menyukarkan anda pada masa hadapan.

Baca Juga : Cara Menolak Tawaran Kerja

Kesimpulannya, sekiranya anda mahu berhenti kerja, bincanglah secara baik dengan bos anda. Sekiranya anda seorang pekerja yang bagus, pasti melepaskan anda merupakan satu keputusan yang sukar bagi bos anda. Mereka akan terasa kerugian. Tambahan pula, anda telah berkhidmat lama di syarikat mereka. Oleh itu, anda haruslah sentiasa berfikir masak-masak sebelum membuat keputusan untuk berhenti kerja. Sekiranya, anda sudah pasti, jangan buang masa, dan lakukan cara untuk berhenti kerja yang kami kongsikan di dalam artikel ini. Akhir kata, selamat berjaya dengan apa yang anda lakukan.

Rujukan : Lifehack.org

Leave a Reply