Cara-Cara Mendaftar i-Akaun KWSP Online

i-Akaun merupakan akaun KWSP Ahli atau Majikan secara online. Dengan mendaftar i-Akaun KWSP online, Ahli atau Majikan boleh menggunakan perkhidmatan online yang ditawarkan oleh KWSP.

Mendaftar i-akaun KWSP Online

Kelebihan Mendaftar i-akaun KWSP Online

Ahli

Majikan

Ahli boleh:
  1. Memohon e-Pengeluaran
  2. Menyemak Penyata KWSP tahun terkini dan tahun sebelumnya
  3. Menyemak status permohonan pengeluaran dan sejarah pengeluaran
  4. Mengira anggaran jumlah layak untuk pengeluaran, simpanan dan pelaburan
  5. Menyemak maklumat penamaan
  6. Mengemaskini profil termasuk alamat surat-menyurat
  7. Menyemak transaksi caruman KWSP terkini
  8. Menyemak log aktiviti i-Akaun
  Majikan boleh:
  1. Menggunakan Perkhidmatan e-Caruman
    • Menghantar Borang A Beserta Bayaran
    • Penghantaran Borang A Sahaja
    • Penghantaran Bayaran Sahaja
  2.  Menggunakan Perkhidmatan e-CTML
  3. Menyemak nombor KWSP pekerja
  4. Mendaftar ahli baru KWSP
  5. Mengakses kalkulator syer dividen bagi majikan Kerajaan
  6. Menyemak transaksi caruman KWSP terkini
  7. Menyemak log aktiviti i-Akaun

Kelayakan untuk Mendaftar i-Akaun

Ahli

Majikan

  • Ahli KWSP yang mempunyai No. ID Ahli atau nombor KWSP yang sah.
  • Majikan yang mempunyai nombor KWSP yang sah.

Cara Mendaftar i-Akaun KWSP Online

Ikuti langkah-langkah di bawah untuk mendaftar i-Akaun KWSP online untuk Ahli dan Majikan.

\

Ahli

Majikan

  1. Ahli boleh mengunjungi mana-mana Kios atau Kaunter KWSP untuk mendapatkan Kod Pengaktifan i-Akaun dengan menggunakan ID Ahli. Ahli juga mempunyai pilihan untuk menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di talian 03-89226000 dari Isnin hingga Jumaat, 8.00 pagi hingga 6.00 petang.
  2. Layari laman web KWSP dan klik pada Pengaktifan i-Akaun dalam tempoh 30 hari untuk mengaktifkan i-Akaun anda menggunakan Kod Pengaktifan tersebut.
  1. Wakil majikan yang dilantik untuk menguruskan i-Akaun bagi pihak majikan boleh mengunjungi mana-mana Kaunter KWSP untuk mendapatkan Kod Pengaktifan i-Akaun dengan mengisi Borang KWSP 1 atau KWSP 1(i).
  2. Layari laman web KWSP dan klik pada Pengaktifan i-Akaun dalam tempoh 30 hari untuk mengaktifkan i-Akaun anda menggunakan Kod Pengaktifan tersebut.

 

Nota: Sekiranya anda telah mendaftar tetapi belum mengaktifkan i-Akaun anda, klik pada Pengaktifan i-Akaun (Ahli) atau Pengaktifan i-Akaun (Majikan). Sekiranya anda adalah pengguna sedia ada, klik pada Login Ke i-Akaun.

Pengaktifan TAC

TAC (Transaction Authorisation Code) akan digunakan untuk transaksi tertentu di i-Akaun bagi menjamin keselamatan data.

Contohnya ialah apabila ahli atau majikan terlupa ID Pengguna atau Kata Laluan mereka. TAC akan dihantar melalui sistem pesanan ringkas (SMS) apabila ahli atau majikan menggunakan fungsi Lupa ID Pengguna/Kata Laluan.

Caca Juga : Cara-cara daftar mengundi dan semakan lokasi pengundian online

Cara-cara untuk mengaktifkan TAC adalah seperti berikut:

Ahli

Majikan

Ahli boleh mendaftar nombor telefon bimbit di mana-mana kios atau kaunter KWSP atau dengan menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di talian 03-89226000 dari Isnin hingga Jumaat, 8.00 pagi hingga 6.00 petang.

Syarat-syarat untuk pengaktifan TAC:

  1. Ahli KWSP telah mendaftar i-Akaun
  2. Ahli yang pernah mendaftar nombor telefon bimbit untuk tujuan TAC boleh membuat pengemaskinian di mana-mana kios atau kaunter KWSP atau dengan menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di talian 03-89226000.
Majikan boleh mendaftar nombor telefon bimbit melalui i-Akaun atau di mana-mana kaunter KWSP.

Syarat-syarat untuk pengaktifan TAC:

  1. Majikan telah mendaftar i-Akaun
  2. Majikan yang pernah mendaftar nombor telefon bimbit untuk tujuan TAC boleh membuat pengemaskinian melalui i-Akaun atau di mana-mana kaunter KWSP dengan mengisi Borang KWSP 1(i).

Leave a Reply