Cara-Cara Buat Kentang Putar

Teksturnya yang lembut dan rasanya yang sedap dengan krim lada hitam menjadikan kentang putar menjadi kegemaran rakyat Malaysia. Tambahan ketika dihidangkan bersama makasan western. Ia seolah-olah menjadi pelengkap kepada hidangan utama. Pasti kita semua pernah merasai kentang putar dibuat oleh restoran KFC. Rasanya begitu sedap sekali. Anda juga boleh membuat kentang putar sama seperti KFC. Entri kali ni kami akan kongsikan resepi dan cara buat kentang putar yang sedap dan ringkas.

Cara Buat Kentang Putar yang sedap dan ringkas

cara buat kentang putar

Bahan-bahan untuk hidangan 5 orang

  1. Bahan A untuk kentang putar
  • 5 biji kentang dibuang kulit dan dipotong 4
  • Sedikit lada hitam(kalu nk pedas bubuh la lebih)
  • Garam secukup rasa
  • 1 sudu susu pekat manis
  1. Bahan B UNTUK SOS.
  • 4 sudu besar tepung gandum
  • 5 sudu besar mentega
  • Sedikit lada

Cara-Cara

  1. Rebus kentang sehingga empuk
  2. Masukkan garam sedikit.
  3. Tos kan air dam lenyekkan kentang tadi
  4. Gunakan hand mixer dan putar kentang sehingga halus.
  5. Masukkan lada hitam dan susu.
  6. Siap untuk kentang.

Sekarang cara untuk buat sos kentang putar.

\
  1. Rebus bawang merah,lobak merah dan kiub ayam dalam 10 minit
  2. Tos kan air rebusan tadi
  3. Masukkan mentega kedalam kuali dgn api yg kecil
  4. Masukkan tepung gandum,kacau bagi mengelakkan ia melekit
  5. Masukkan air rebusan tadi bersama lada hitam, sos tiram dan beberapa titik kicap pekat.
  6. Kacau sehingga sebati.Siap!

Baca Juga: Cara-Cara Buat Pizza Sendiri di Rumah

Senang kan cara buat kentang putar ni. Kami harap anda dapat manfaat dari perkongsian ini dan dapat menikmati kentang putar buatan anda sendiri. Selamat mencuba!

Leave a Reply