Cara-Cara Buat Pizza Sendiri di Rumah

Siapa yang tidak menggemari pizza. Makanan yang terkenal berasal dari Itali yang sedap dan menyelerakan. Pelbagai jenis pizza terdapat di pasaran. PizzaHut dan Domino Pizza masing-masing mempunyai pizza mereka mereka tersendiri. Namun, anda juga boleh buat pizza sendiri dirumah anda. Ianya tidaklah sesukar yang anda sangka. Malah bahan-bahan untuk membuatnya juga mudah untuk didapati di pasaraya berdekatan. Pada entri kali ini kami akan kongsikan resepi dan cara buat pizza sendiri di rumah yang dapat kami kumpulkan dikongsikan oleh pengguna Facebook di Malaysia.

Cara Buat Pizza Sendiri di Rumah

resepi cara buat pizza sendiri

Resepi pertama yang dikongsikan oleh Puan Auni Hanani.

\

Bahan-bahan:

  • Roti tortilla
  • Sosej
  • Mozzarella cheese
  • Oregano & italian seasoning
  • Sos tomato

Cara Buat

  1. Letakkan tortilla diatas kuali leper ataupun kuali ajaib. Jangan buka api lagi
  2. Letakkan sos tomato,oregano dan Italian seasoning pada sebelah bahagian tortilla. Ratakan semua bahan tadi
  3. Susun sosej yang telah direbus terlebih dahulu
  4. Tabur mozzarella cheese. Lagi banyak lagi sedap. Buka api dalam keadaan perlahan. Tunggu sehingga cheese tersebut cair
  5. Lipat tortilla tadi. Tekan sedikit supaya cheese melekat. Terbalikkan supaya kedua-dua bahagian masak dengan sekata.
  6. Setelah masak, ia sedia untuk dimakan.

cara buat pizza sendiri

Resepi Kedua yang dikongsikan oleh Puan Rajuna Bakar.

Bahan-bahan:

  • 1/2 kg tepung gandum
  • 220ml air biasa
  • 1bj telur
  • Sedikit garam
  • 20gm susu tepung
  • 100gm gula kastor
  • 1sudu besar yis
  • Sosej
  • Sos Pasta
  • Serbuk Oregano
  • Isi Ayam
  • Cheese dan mayonese

Cara Buat:

  1. Bancuh yis, air dan gula secara manual. Biarkan selama 10 minit
  2. Campurkan bahan lain kedalam bancuhan tadi
  3. Uli campuran tadi sehingga dapat doh yang elastic
  4. Letakkan didalam bekas leper. Sapukan sos pasta pada bahagian doh tadi.
  5. Letakkan sosej, isi ayam diatas sapuan tadi
  6. Taburkan cheese dan serbuk oregano dan letakkan mayonese sebagai topping.
  7. Bakar didalam oven pada suhu 160’c lebih kurang 16 minit. Bergantung kepada oven masing-masing.cara buat pizza sendiri resepi 2

Baca Juga: Cara Buat Nasi Lemak dengan Ringkas dan Sedap

Berikut dua resepi dan cara buat pizza sendiri dirumah yang dapat kami kongsikan kepada anda. Kami berharap anda dapat mencubanya di rumah. Anda boleh menggunakan bahan lain untuk topping untuk menyedapkan lagi pizza anda. Selamat mencuba.

 

Leave a Reply