Cara-Cara Nak Kurus Tanpa Senaman

Menurunkan berat badan untuk kelihatan kurus dan sihat adalah proses yang mengambil masa. Apabila seseorang mula aktivit untuk turunkan badan, mereka mahu melihat hasilnya dengan cepat. Mereka tidak mahu tunggu untuk sebulan untuk melihat hasilnya. Pada entri kali ini,kami akan kongsikan cara nak kurus tanpa senaman yang boleh anda lakukan. Cara yang kami kongsikan semuanya bergantung kepada pengambilan makanan anda dalam tempoh seminggu.

Baca Juga: Cara-cara Kecilkan Peha

\

Cara Nak Kurus Tanpa Senaman

Cara-Cara Nak Kurus Tanpa Senaman

Makan makanan segar

Untuk menurunkan berat badan, terdapat beberapa makanan yang perlu anda masukkan kedalam setiap hidangan makanan anda. Setiap hidangan harus mengandungi makanan yang kaya dengan protein dan rendah kandungan lemak. Antara makanan yang mempunyai protein tanpa lemak untuk turunkan berat badan ialah telur, ayam, dan ikan. Sayur-sayuran juga perlu dimasukan kedalam menu diet anda. Sayur seperti brokoli, bayam dan saderi merupakan sayuran yang bagus untuk menurunkan berat badan. Ia boleh diambil secara mentah ataupun direbus.

Berpantang Makan

Untuk kurus dalam masa seminggu, ada sesetengah makanan yang anda tidak boleh makan. Antara makanan yang perlu anda elakkan adalah makan yang tinggi dengan kandungan karbohidrat seperti roti putih, pasta dan makanan-makanan yang bergoreng. Makanan yang bergula juga harus dielakkan. Semua makanan ini boleh meningkatkan paras gula didalam darah anda yang akan menyebabkan penyimpanan lemak.

Sarapan

Tidak mengambil sarapan adalah tidak sihat untuk kesihatan anda. Sarapan membantu badan anda untuk berada dalam mode membakar lemak. Seseorang harus mengambil makan yang tinggi dengan kandungan protein untuk mengurangkan rasa lapar untuk jangka masa panjang. Anda boleh mengambil bijirin oat untuk sarapan. Ia kaya dengan serat dan bagus untuk jantung.

Minuman

Untuk mereka yang mahu turunkan berat badan, mereka harus berhati-hati dengan pengambilan minuman. Minuman yang manis boleh menjejaskan proses penurunan berat badan anda. Gantikan minuman yang manis dengan air kosong. Selain itu, anda juga boleh minum teh hijau bagi menggantikan minuman manis. Ia kaya dengan antioksidan.

Baca Juga: Cara-Cara Nak Kempiskan Perut

Kesimpulannya, untuk kurus dalam masa seminggu, anda tidak perlu berlapat. Apa yang anda perlukan ialah mengambil makanan-makanan yang kaya dengan protein, rendah lemak dan elakkan makanan dan minuman yang tinggi kandungan gula. Diet yang betul mengandungi meliputi kandungan serat didalam hidangan. Sayur dan buah-buahan adalah sumber serat yang bagus untuk menurunkan berat badan. Berikut kami telah kongsikan cara nak kurus tanpa senaman yang boleh anda praktikkan dirumah. Selamat mencuba!

Rujukan: Skinnygirlblog

Leave a Reply