Cara-Cara Masak Ayam Goreng Ala McD dan KFC

Cakap pasal ayam goreng pasti anda akan teringat ayam goreng KFC yang rangup dan kaya dengan rempah. Ataupun ayam goreng McD yang kebelakangan ini viral. Rasanya yang menyelerakan ditambah lagi dengan sos Thai memang buat anda menjilat jari. Tahukah anda, anda juga boleh masak ayam goreng ala KFC dan McD dirumah anda Kami kongsikan resepi dan cara masak ayam goreng ala McD dan KFC. Kami harap anda dapat mencubanya dirumah.

Cara Masak Ayam Goreng Ala McD dan KFC

cara- cara masak ayam goreng ala McD dan KFC

Bahan-bahan (perapan ayam):

  • 1/2 ekor ayam
  • 3 sudu besar serbuk cili
  • 2 sudu besar garam bawang putih
  • 2 sudu besar lada sulah

Bahan-bahan (tepung):

  • 2 cawan tepung jagung
  • 1 cawan tepung gandum
  • 3 sudu besar serbuk cili
  • 2 sudu besar garam bawang putih
  • 2 sudu besar lada sulah
  • 2 sudu besar mixed herbs
  • 2 sudu besar baking powder

Cara-cara:

  1. Gaul ayam dengan bahan-bahan perapan dan biarkan selama 4 jam.
  2. Gaul kesemua bahan-bahan tepung.
  3. Celupkan ayam ke dalam telur, kemudian salutkan bersama campuran tepung tadi.
  4. Goreng lebih kurang 10 – 15 minit hingga masak.
  5. Hidang!

Baca Juga : Cara Buat Kentang Putar

\

Berikut cara-cara masak ayam goreng ala McD dan KFC yang dapat kami kongsikan. Kami harap anda dapat mencubanya dirumah dan nikmati bersama-sama ahli keluarga tersayang. Selamat mencuba.

Sumber: PenMerah

Leave a Reply