Cara-Cara Merawat Kaviti Gigi

Merawat kaviti gigi adalah perkara yang harus dititikberatkan oleh seseorang individu. Ia akan memberi kesan buruk kepada kesihatan anda. Namun apa itu kaviti? Kaviti merupakan keadaan gigi yang mana terdapat lubang pada gigi yang disebabkan oleh kesan pereputan gigi. Antara penyumbang utama kepada masalah kaviti gigi ialah bakteria. Kebiasaanya bakteria dating dari makanan-makanan harian kita yang terlekat dicelahan gigi. Makanan yang terlekat pada gigi akan menjadi asid. Asid ini akan menyerang enamel gigi, sekaligus menyebabkan penghasilan kaviti. Selain itu,faktor umur juga memainkan peranan penting dalam penghasilan kaviti. Umur yang semakin meningkat,menyebabkan keadaan gigi melalui proses penuaan dan mudah terjejas kepada masalah gigi. Pada entri kali ini,kami kongsikan cara merawat kaviti gigi menggunakan bahan-bahan harian dirumah anda.

cara-cara merawat kaviti gigi

Symptom Kaviti

Antara symptom kaviti gigi ialah:

\
  • Kesakitan yang amat pada gigi
  • Rasa sakit ketika mengambil makanan manis samada dalam bentuk cecair mahupun pepejal
  • Gigi menjadi lebih sensitive
  • Kelihatan lubang pada gigi

Merawat Kaviti Gigi Menggunakan Bahan di Rumah

Bunga Cengkih

Selalunya kita menggunakan bunga cengkih didalam masakan kita. Namun, tahukah anda bunga cengkih juga bagus untuk merawat kaviti gigi. Ia mengandungi sifat antibakteria dan anti-radang. Ia bukan sahaja menghilangkan rasa sakit gigi malah mencegah merebaknya kaviti pada gigi lain.

Apa yang anda perlukan ialah titiskan 3 titik minyak bunga cengkih pada kapas. Gigit kapas tersebut pada gigi yang berlubang. Anda juga boleh meletakkan terus bunga cengkih pada gigi yang terjejas. Lakukan rawatan ini dua kali sehari selama minit.

Garam

Umum tahu, sebab utama kaviti gigi ialah bakteria. Garam merupakan satu bahan yang mempunyai sifat anti-bakteria dan antiseptic. Menggunakan garam untuk merawat kaviti gigi adalah salah satu idea yang bagus. Ia mengurangkan rasa sakit pada gigi dan mencegah penghasilan bakteria didalam mulut. Anda hanya perlu berkumur air garam setiap hari untuk menghilangkan kaviti gigi.

Bawang Putih

Dipenuhi dengan kandungan antibacterial, bawang putih sesuai untuk merawat kaviti gigi. Ia juga bagus untuk kesihatan gigi dan gusi. Campurkan garam bersama bawang putih yang telah dihancurkan. Jadikan ia seperti ubat gigi. Sapukan pada kawasan gigi yang terjejas. Biarkan selama 10 minit sebelum membilasnya dengan kumuran air. Lakukan rawatan ini, 2 kali setiap hari dalam masa sebulan dan lihat hasilnya.

Baca juga: Cara-cara putihkan gigi secara semulajadi

Berikut kami senaraikan tiga bahan yang boleh anda dapati didapur anda untuk merawat kaviti gigi. Harap ia dapat memberi manfaat kepada anda. Sekiranya kesakitan berlarutan, anda haruslah berjumpa dengan doctor gigi untuk rawatan lanjut. Selamat mencuba.

Leave a Reply