Cara-Cara Buat Akok Kelantan

Akok merupakan kuih tradisional Kelantan yang popular. Teksturnya yang lembut dan berkedut-kedut dibakar dengan kaedah tradisional menjadikan ia kuih yang unik. Kebiasaanya, ia dibakar menggunakan sabut kelapa yang kering. Rupa kuih akok seakan-akan kuih bahulu. Cara pembuatannya agak sukar berbanding kuih tradisional yang lain. Mungkin cara untuk membakarnya yang tradisional sedikit sebanyak menjadikan ia susah untuk dibuat. Namun pada entri kali ini, kami akan kongsikan juga bahan-bahan dan cara buat akok untuk anda yang ingin mencubanya dirumah.

Cara Buat Akok Tradisional Kelantan

cara buat akok

Bahan-Bahan

\
  • 20 biji telur
  • Santan (sukatan: 1 jag telur: 1 jag dan 1 cawan santan)
  • 4 Cawan Gandum
  • 3 Cawan gula
  • Sedikit air gula Melaka
  • Sedikit garam
  • Daun pandan

Cara-Cara

  1. Santan dan daun pandan dikisar tanpa air. Tapis
  2. Telur dipecahkan kedalam mangkuk, pukul telur sehingga kembang
  3. Masukkan santan, air gula Melaka dan garam
  4. Masukkan gandum dan kacau sampai rata dan sebati
  5. Panaskan acuan bahulu, kemudian masukkan adunan ke dalam acuan
  6. Bakar dengan api atas dan bawah
  7. Untuk mengetahui sama ada sudah masak atau belum, cucuk akok dengan lidi sehingga adunan tidak melekat di lidi.
  8. Siap dan hidangkan.

Baca Juga : Cara buat Donut Gebu

Berikut merupakan cara buat akok yang dapat kami kongsikan kepada anda. Kami berharap anda dapat mencubanya dirumah anda. Bahan-bahan untuk buat akok mudah untuk didapati dan ianya sentiasa ada di pasaraya berdekatan. Untuk membuatnya, anda memerlukan acuan bahulu. Akok bersifat basah manakala baulu adalah kuih jenis kering. Namun cara pembuatanya seakan sama. Kalau anda ke Kelantan anda harus mencuba kuih ini. Terdapat banyak tempat di Kelantan yang menjual akok. Antara yang tersohor di Kelantan ialah Pak Weil Akok Salor. Kedai ini masih mengekalkan cara pembuatan akok yang tradisional. Untuk anda yang mahu ke sini, datanglah awal untuk merasanya. Kemungkinan untuk habis awal adalah tinggi. Anda juga boleh mendapatkan kuih akok sedap ini di Pasar Besar Siti Khadijah. Malah terdapat banyak lagi kuih tradisional Kelantan disana. Kalau dah mengidam sangat tu, anda bolehlah buat sendiri kuih ini dengan cara yang kami kongsikan diatas. Selamat mencuba!

Pak Weil Akok Salor

Pak Weil Akok Salor

Leave a Reply