Cara-Cara Memohon Pinjaman TEKUN

Bagi anda yang ingin mendapatkan bantuan untuk perniagaan anda, anda bolehlah mencuba untuk memohon pinjaman TEKUN. Apa itu TEKUN? TEKUN Nasional yang dahulunya di kenali sebagai Yayasan TEKUN Nasional adalah merupakan agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi yang diwujudkan pada 9 November 1998. Matlamat penubuhan TEKUN Nasional adalah untuk menyediakan kemudahan pembiayaan secara mudah dan cepat kepada bumiputera untuk memula dan memajukan lagi perniagaan mereka. Kini TEKUN Nasional dibawah Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani. Pada entri kali ini kami akan senaraikan syarat-syarat dan cara memohon pinjaman TEKUN.

Pinjaman TEKUN

cara Memohon Pinjaman TEKUN

Syarat –syarat memohon pinjaman TEKUN

  1. Bumiputera dan warganegara Malaysia
  2. Berumur 18 – 60 tahun (Tempoh pembiayaan tamat sehingga 65 tahun)
  3. Pemohon bukan seorang muflis
  4. Syarikat 100% hak milik Bumiputera dan warganegara Malaysia
  5. Mempunyai lessen / permit / Daftar Perniagaan yang sah (SSM)
  6. Mempunyai tempat / lokasi perniagaan yang khusus / berniaga secara bergerak (mobile)
  7. Terlibat secara langsung dan separuh masa dalam perniagaan
  8. Satu pembiayaan bagi satu isi rumah (kecuali perniagaan yang berasingan dan daftar perniagaan (SSM) yang berlainan serta rekod bayaran yang baik bagi isi rumah.
  9. Had modal berbayar tidak melebihi RM300.000
  10. Pembiayaan perniagaan sedia ada (contoh: MARA, AIM, SME, PNS dan sebagainya) tidak melebihi RM100,000.
  11. Pemohon telah menjalankan perniagaan. Manakala bagi pemohon yang ingin memulakan pernigaan dikehendaki mempunyai modal sumbangan tunai sendiri minima 20% daripada pembiayaan sebagai komitmen untuk menjalankan pernigaan (progress project)
  12. Bagi pembelian kenderaan komersial / jentera berat, jumlah pembiayaan adalah 10% daripada harga kenderaan komersial / jentera berat (tertakluk kepada aliran tunai dan kedudukan kewangan pemohon).
  13. Bagi Enterprise(Perkongsian), perlu mendapat surat kebenaran rakan kongsi yang membenarkan pemohon membuat pembiayaan dan rakan kongsi mestilah Bumiputera dan warganegara Malaysia.
  14. Manakala Bagi Syarikat Sendirian Berhad (Sdn. Bhd) wajib menyediakan Resolusi Syarikat mengikut format yang disediakan yang memberikan kebenaran:
  15. Penyaluran pembiayaan atas nama Syarikat bagi pembiayaan RM20,000 dan ke atas.
  16. Kelulusan pembiayaan atas nama Enterprise (Pemilik Tunggal) bagi pembiayaan RM20,000 dan ke atas boleh dipertimbangkan kelayakannya dengan menggunakan akaun semasa individu pemohon atau

Cara Memohon Pinjaman TEKUN

  • Untuk memohon pinjaman TEKUN, anda boleh dapatkan borang permohonan pinjaman TEKUN Nasional
    • pejabat TEKUN kawasan
    • Pusat Pembangunan Usahawan TEKUN Nasional (Business Centre)
    • Pusat Khidmat Bergerak (TEKUN Mobile)
    • atau dimana-mana kaunter perkhidmatan TEKUN Nasional.
  • Permohonan hendaklah dihantar ke pejabat TEKUN kawasan parlimen di lokasi premis perniagaan / projek anda

Baca Juga: Cara Semak Status SSM Secara Online

\

Anda boleh dapatkan maklumat lanjut untuk permohonan pinjaman TEKUN di dalam website TEKUN.

Leave a Reply