Cara-Cara Memohon Anak Angkat

Bagi mereka yang telah lama mendirikan rumahtangga dan tidak mendapat zuriat, mengambil anak angkat mungkin dapat menjadi penyeri didalam kehidupan mereka. Di Malaysia, pengambilan anak angkat hendaklah melalui permohonan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Terdapat syarat-syarat dan cara yang telah ditetapkan oleh JKM bagi mengambil anak angkat. Untuk entri kali ini, kami akan kongsikan syarat-syarat dan cara memohon anak angkat yang telah ditetapkan oleh JKM.

Cara Memohon Anak Angkat

Cara-Cara Memohon Anak Angkat

Terdapat dua cara untuk mengambil anak angkat di Malaysia:

\
  • Secara terus daripada ibu bapa yang ingin memberikan anak mereka sebagai anak angkat.
  • Melalui permohonan di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Permohonan boleh dibuat melalui surat, faks, telefon, email atau datang sendiri ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) di mana anda bermastautin.

Syarat-Syarat Memohon Anak Angkat

Akta Perlindungan Kanak-Kanak 1991 dan Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952 (Akta 257) juga memperuntukan syarat-syarat yang perlu dipenuhi antaranya:

  • Ibu bapa angkat mestilah sekurang-kurangnya berumur 25 tahun dan sekurang-kurangnya 18 tahun lebih tua daripada anak angkat itu.
  • Anak angkat itu hendaklah di bawah umur 18 tahun dan ibu bapa dan anak angkat hendaklah menetap di Malaysia.

Mengikut peruntukan undang-undang, pengambilan anak pelihara secara sendiri perlu dimaklumkan kepada JKM mengikut seksyen 35(1) Akta kanak-Kanak 2001 tidak lewat daripada satu minggu selepas pengambilan.

Bolehkah ibu/bapa tunggal membuat Permohonan Pengangkatan?

Kebiasaannya, pemohon anak angkat ini adalah pasangan yang telah berkahwin, namun Akta tidak menghalang bagi seorang yang bujang untuk memohon anak angkat.

Apa yang perlu anda lakukan ialah membuktikan kepada JKM bahawa walaupun anda akan menjaga anak angkat tersebut berseorangan, tetapi anda sanggup mengambil apa-apa langkah yang perlu bagi memastikan bahawa kebajikan anak tersebut akan terpelihara.

Melihat kepada amalan, agak sukar bagi seorang yang masih bujang untuk mendapat anak angkat. Oleh sebab tujuan utama JKM ialah memelihara kebajikan anak angkat tersebut, maka JKM berusaha untuk memberikan institusi keluarga yang sempurna kepada anak angkat itu.

Dalam sesi menemubual anda, pegawai JKM akan cuba membuat penilaian-penilaian seperti kemampuan anda untuk memberi kasih sayang, jagaan dan perlindungan, sama ada anda faham implikasi dan cabaran menjadi keluarga angkat dan melihat sama ada anda mampu memelihara anak itu dari segi ekonomi, kesihatan, sosial, emosi, mental dan sebagainya.

Pengesahan Anak Angkat

Anak angkat dapat disahkan sebagai anak pelihara mengikut undang-undang melalui dua cara permohonan.

  • Pertama, permohonan dibuat dalam masa tiga bulan selepas menerima kanak-kanak dalam penjagaan pemohon. Permohonan hendaklah dibuat kepada mahkamah seksyen atau mahkamah tinggi dengan melantik peguam untuk urusan mendaftarkan Notis Pengangkatan.
  • Cara kedua adalah dengan membuat permohonan kepada Jabatan Pendaftaran Negara di bawah Akta Pendaftaran Anak Angkat 1952 (Akta 253).

    Permohonan untuk pengesahan ini hanya boleh dibuat selepas dua tahun anak pelihara dalam penjagaan keluarga pelihara. Bagi keluarga yang beragama Islam permohonan untuk pengesahan anak pelihara hanya boleh dibuat melalui Akta 253, iaitu Akta Pendaftaran Pengangkatan sahaja.

    Permohonan untuk pengesahan pengangkatan hanya boleh dibuat selepas dua tahun anak pelihara berada dalam jagaan pemohon. Permohonan boleh dibuat di Pejabat Pendaftaran Negara.

Baca juga : Cara-Cara Mengatasi Ketagihan Kanak-Kanak pada Gajet

Kesimpulan

Pengambilan anak angkat mungkin dapat menjadikan penyeri didalam kehidupan anda setelah mendirikan rumah tangga buat sekian lama dan tidak dikurniakan zuriat. Namun begitu, anda haruslah berbincang dahulu bersama pasangan anda sebelum membuat keputusan untuk mengambil anak angkat. Toleransi antara pasangan adalah penting dalam hal ini bagi mengelakkan perkara berbangkit. Kami harap dengan perkongsian cara memohon anak angkat ini dapat membantu anda. Sekian.

Sumber [1][2]

 

Leave a Reply