Cara-Cara Memohon Bantuan Kewangan JKM

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ada menyediakan perkhidmatan bantuan kewangan kepada kumpulan sasar yang memerlukan kelansungan hidup yang sempurna. Tujuan bantuan kewangan kebajikan ini adalah untuk membantu penyaraan pendapatan keluarga bagi memenuhi keperluan asas. Selain itu, ia juga untuk menggalakkan kumpulan sasar yang masih produktif supaya minat bekerja dan berdikari. Untuk entri kali ini kami akan kongsikan syarat dan cara memohon bantuan kewangan JKM bagi mereka yang layak memohonnya.

Bantuan Kewangan JKM

Cara-Cara Memohon Bantuan Kewangan JKM

Syarat Kelayakan Permohonan Bantuan Kewangan JKM

Semua permohonan yang dibuat perlu memenuhi syarat asas kelayakan seperti berikut:

\
  1. Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia
  2. Pendapatan keluarga di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa
  3. Golongan yang tidak berkemampuan dan berkeperluan dengan

mengambilkira  lain-lain faktor seperti bilangan anak/tanggungan yang tinggal bersama dan berasingan, tahap ketidakupayaan ketua  keluarga atau ahli keluarga, sokongan dari ahli keluarga, keadaan dan kelengkapan rumah berdasarkan keperluan keluarga dan faktor-faktor lain yang munasabah serta boleh memberikan gambaran kedudukan kewangan dan perbelanjaan harian pemohon/keluarga.

Cara Memohon Bantuan Kewangan JKM

Cara PermohonanPengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara.Borang permohonan JKM18 boleh didapati Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh Negara atau memuat turun borang tersebut di laman web www.jkm.gov.my.

Jenis Bantuan yang ditawarkan

JKM mengendalikan 2 skim bantuan kewangan iaitu :

  1. Skim Bantuan Negeri – adalah tidak seragam di antara negeri-negeri. Di antara jenis-jenis bantuan yang diberikan ialah bantuan bulanan kepada  warga tua, balu dan tanggungan, anak yatim miskin, OKU, tanggungan banduan pusat tahanan dan pesakit. Bantuan sekaligus seperti Bantuan Sekolah Sekaligus, Bantuan Alat Tiruan / Sokongan, Bantuan Am, Bantuan Cermin Mata, Bantuan Geran Pelancaran, Batuan Latihan Perantis, Bantuan Melanjutkan Pelajaran Ke Institute Pengajian Tinggi, Bantuan Membaiki Rumah dan Bantuan Serta Merta.
  2. Skim Bantuan Persekutuan –Jenis-jenis bantuan yang diberikan ialah bantuan bulanan seperti Bantuan Kanak-kanak, Bantuan Anak Pelihara, Bantuan Orang Tua, Elaun Pekerja Cacat, Bantuan Oku Tidak Berupaya Bekerja, Bantuan Penjagaan OKU Terlantar dan Pesakit Kronik Terlantar, bantuan latihan Perantis dan Bantuan Am Persekutuan. Manakala bantuan sekaligus pula ialah Bantuan Geran Pelancaran, Bantuan Alat Tiruan / Sokongan.

Dokumen yang diperlukan ketika membuat permohonan

Dokumen-dokumen sokongan yang perlu dikemukan semasa memohon bantuan bulanan adalah seperti:

  1. Salinan Kad Pengenalan Pemohon
  2. Salinan Kad Pengenalan / Sijil Kelahiran Ahli Keluarga Yang Tinggal Bersama
  3. Laporan Perubatan Dari Hospital Atau Klinik Kesihatan Kerajaan (Jika Berkaitan)
  4. Salinan Kad Oku/Slip Pendaftaran Sementara (Bagi Pemohon Oku)
  5. Penyata Pendapatan Atau Surat Pengesahan Pendapatan Dari Majikan/ Surat Akuan Pendapatan (Jika Bekerja Sendiri)
  6. Salinan Sijil Kematian Suami Atau Isteri (Jika Berkaitan)
  7. Salinan Sijil Perkahwinan/ Perceraian (Jika Berkaitan)
  8. Laporan Dari  Agensi Lain Yang Berkaitan (Aadk/ Polis/ Penjara) (Jika Berkaitan)
  9. Salinan Bil  Utiliti (Air/ Elektrik/ Telefon/ Astro Dll)
  10. Lain-Lain (Jika Ada):Socso / Kwsp / Pencen / Buku Pelaburan

Baca juga : Cara-Cara Memohon Pinjaman TEKUN

Berikut merupakan syarat-syarat dan cara memohon bantuan kewangan JKM yang dapat kami kongsikan. Untuk maklumat lanjut anda bolehlah berkunjung ke laman web JKM ataun terus ke pejabat JKM untuk memohon bantuan kewangan JKM tersebut. Harap ianya bermanfaat kepada anda.

Leave a Reply