Cara-Cara Memohon Pembiayaan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM)

Tahukah anda, bagi anda yang berkelayakan anda boleh memohon pembiayaan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) untuk mengusahakan perniagaan anda. AIM menawarkan skim pembiayaan kredit mikro berpenyeliaan rapi kepada golongan miskin untuk mengusahakan sebarang kegiatan ekonomi berasaskan kemahiran yang dimiliki sebagai usaha menambahkan pendapatan keluarga. Antara objektif AIM ialah :

  • Mengurangkan kemiskinan di kalangan isi rumah miskin dan berpendapatan rendah di Malaysia dengan menyediakan pembiayaan kredit mikro untuk membiayai kegiatan-kegiatan yang boleh menambah dan meningkatkan pendapatan.
  • Melahirkan usahawan daripada kalangan miskin dan berpendapatan rendah.
  • Menyediakan kemudahan kewangan, bimbingan dan latihan berterusan kepada usahawan-usahawan dari keluarga miskin dan berpendapatan rendah.

Pembiayaan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM)

Cara-Cara Memohon Pembiayaan Amanah Ikhtiar Malaysia

Syarat-Syarat Memohon Pembiayaan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM)

  1. WARGANEGARA MALAYSIA (mempunyai MYKAD) yang berumur 18 tahun ke atas.
  2. HAD KELAYAKAN PENDAPATAN isi rumah ialah RM3,855 dan per kapita RM838

Prosedur Keahlian AIM

  1. Bakal ahli yang layak menyertai AIM, perlu menubuhkan KUMPULAN (5 org) sejantina yang tiada tali persaudaraan rapat, saling mempercayai dan bertanggungjawab.
  2. Kesemua ahli secara berkumpulan perlu mengikuti Proses Penurunan Kuasa (PPK) iaitu satu kursus wajib selama 5 hari ( 1 setengah jam sehari ). Ini bagi memberi kefahaman mengenai peraturan dan syarat-syarat AIM.
  3. Semua ahli kumpulan perlu menyertai pusat iaitu gabungan antara 2 hingga 12 kumpulan. Ahli Pusat atau SAHABAT akan bermesyuarat setiap minggu. Mesyuarat Pusat akan diadakan di tempat awam seperti di Balai Raya, surau atau balai yang dibina sendiri. Semua urusniaga (proses pinjaman) diadakan di Mesyuarat Pusat.

Cara untuk mendaftar menjadi ahli AIM

Kakitangan AIM akan mengunjungi rumah responden dan melaksanakan Ujian Kelayakan untuk menentukan kelayakan responden menyertai program ini. Bagi mereka yang berminat tetapi tidak dikunjungi Pegawai AIM, boleh berhubung dengan pejabat AIM yang berhampiran.

\

Produk Pembiayaan

AIM menawarkan tujuh (7) Skim dengan had tertinggi jumlah pembiayaan dan tempoh-tempoh bayaran seperti jadual di bawah:

produk pembiayaan AIM

Produk Pembiayaan AIM

Dokumen yang diperlukan untuk memohon pembiayan AIM

Anda hanya perlu menyediakan kad pengenalan. Bagi isi rumah yang tinggal di pedalaman Sabah dan Sarawak dibenarkan menggunakan Surat Pendaftaran Kelahiran atau Akuan Bersumpah daripada Pesuruhjaya Sumpah. Semua sahabat perlu membuka akaun bank yang akan diberitahu oleh Pegawai AIM.

Baca Juga: Cara  Memohon Pembiayaan TEKUN

Berikut merupakan syarat dan cara memohon pembiayaan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM). Sebenarnya banyak badan-badan kerajaan yang menyediakan pembiayaan bagi menyokong calon yang berkelayakan untuk mengembangkan perniagaan dengan membantu dalam bentuk modal. Untuk maklumat lanjut mengenai pembiayaan AIM anda boleh layari website AIM.

Leave a Reply