Cara-Cara Memohon Wang Ehsan Kelantan

Bagi anda rakyat Kelantan yang mendapat tawaran ke IPTA, anda layak untuk memohon wang ehsan Kelantan. Wang ehsan ke IPTA adalah salah satu kerjasama antara Jabatan Pembangunan Persekutuan Negeri Kelantan dan Kerajaan Persekutuan bagi membantu para pelajar yang berjaya melanjutkan pelajaran ke institusi-intitusi pengajian tinggi di Malaysia. Sumbangan ini hanya layak dipohon sekali sahaja dalam tempoh pengajian. Pada entri kali ini, kami kongsikan cara memohon wang ehsan Kelantan bagi calon yang layak menerimanya.

Wang Ehsan IPTA Kelantan

Cara-Cara Memohon Wang Ehsan Kelantan - bantuan maik kelantan

Syarat-syarat Kelayakan Memohon

  1. Permohonan adalah terbuka kepada pelajar-pelajar yang menetap di Kelantan atau (pelajar-pelajar yang belajar di luar Kelantan, ibubapa pelajar dendaklah menetap di Kelantan) yang menerima tawaran kemasukan ke IPTA atau politeknik mulai tahun 2011 di peringkat :
  • Matrikulas / Asasi / Pra Universiti atau;
  • Diploma atau;
  • Ijazah Pertama
  1. Surat tawaran kemasukkan ke IPTA atau Politeknik hendaklah beralamat di Kelantan.
  2. Pemohon hendaklah yang belum menerima bantuan wang ehsan bagi kemasukan ke IPTA atau politeknik dalam tahun kemasukan yang sama.
  3. Tidak layak bagi pelajar-pelajar yang mendapat tawaran ke peringkat sarjana, peringkat PhD, Pengajian Jarak Jauh atau Separuh Masa, termasuk Universiti luar Negara dan persediaan ke luar Negara.

Syarat-Syarat Permohonan

  1. Permohonan hendaklah didaftarkan secara online melalui alamat ehsan.icu.gov.my
  2. Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah dicetak dan ditandatangi oleh permohon.
  3. Pemohon dikehendaki mendapa pengesahan daripada Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Kampung Persekutuan (JKKKP) atau Pentadbir Mukim di kawasan berkenaan.
  4. Borang permohonan yang disahkan bersama dengan salinan surat tawaran, salinan kad pengenalan pemohon dan ibubapa/penjaga hendaklah dihantar selewat-lewatnya 1 bulan dari tarikh permohonan didaftarkan ke Pejabat Pembangunan Jajahan (PPJ) yang berkenaan seperti berikut :
    • Pejabat Pembangunan Jajahan Kota Bharu
      Tingkat 3, Menara Perbadanan
      Jalan Tengku Petra Semerak
      15000 Kota Bharu
      Tel : 09- 7455113
      Fax : 09- 7479851
    • Pejabat Pembangunan Jajahan Pasir Puteh
      Tingkat 2, Bangunan Tabung Haji
      Jalan Madrasah
      16800 Pasir Puteh
      Tel : 09- 7860362
      Fax : 09- 7868025
    • Pejabat Pembangunan Jajahan Tumpat
      Tingkat 1, Lot No. 156
      Sebelah Klinik Kg. Kepala Batas
      16200 Tumpat
      Tel : 09- 7252589
      Fax : 09- 7252619
    • Pejabat Pembangunan Jajahan Machang
      Tingkat 2, Lot 211,
      Bangunan Tabung Haji
      17500, Tanah Merah
      Tel : 09- 9558804
      Fax : 09- 9554020
    • Pejabat Pembangunan Jajahan Kuala Krai
      Tingkat 1, Wisma Persekutuan
      18000 Kuala Krai
      Tel : 09- 9663902
      Fax : 09- 9665276
    • Pejabat Pembangunan Jajahan Bachok
      Pejabat Pembangunan Jajahan Bachok
      Lot 20, PT 1246, Melawi Repek
      16300 Bachok
      Tel : 09- 7783751
      Fax : 09- 7783753
    • Pejabat Pembangunan Jajahan Pasir Mas
      Lot No. 496, Seksyen 2
      Jalan Pegawai, Jalan Pasir Mas/Kota Bharu
      17000 Pasir Mas
      Tel : 09- 7905875
      Fax : 09- 7908392
    • Pejabat Pembangunan Jajahan Tanah Merah
      Lot PT 173,
      Jalan Hospital
      17500 Tanah Merah
      Tel : 09- 9558662
      Fax : 09- 9557662
    • Pejabat Pembangunan Jajahan Jeli
      Bangunan Putra Jeli
      Bukit Nangka
      16700 Air Lanas, Jeli
      Tel : 09- 9467013
      Fax : 09- 9467015
    • Pejabat Pembangunan Jajahan Gua Musang
      Tingkat 1, Bangunan Tabung Haji
      18300 Gua Musang
      Tel : 09- 9121851
      Fax : 09- 9121853
  1. Permohon akan dimaklumkan untuk proses pengagihan sumbangan apabila permohonan diluluskan.
  2. Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP Kelantan) berhak menolak mana-mana permohonan yang dikemukan maklumat tidak lengkap atau tidak benar.

Cara Memohon Wang Ehsan Kelantan

Untuk memohon wang ehsan Kelantan, pemohon haruslah mendaftarkan maklumat pada pautan ini https://www.ehsan.icu.gov.my/AppRegister.aspx.

\

Menyemak Status Permohonan Wang Ehsan Kelantan

Untuk menyemak status permohonan wang ehsan Kelantan, pemohon boleh menyemak di https://www.ehsan.icu.gov.my/Inquiry.aspx

Sekian sahaja perkongsian daripada kami mengenai syarat dan cara memohon wang ehsan Kelantan. Kami harap anda mendapat manfaat daripada artikel ini. Sekian.

Baca Juga : Cara-Cara Memohon PTPTN Secara Online

Leave a Reply