Cara-Cara Buat Aiskrim Oreo

Bagi peminat Mcflurry Oreo McD anda boleh buat sendiri di rumah anda. Caranya agak mudah. Sama seperti cara untuk buat aiskrim Milo yang pernah kami kongsikan dulu. Berikut bahan-bahan dan cara buat aiskrim Oreo yang boleh anda lakukan dirumah.

Cara Buat Aiskrim Oreo ala Mcflurry Oreo McD

Cara-Cara Buat Aiskrim Oreo

Bahan-bahan

  • 1 tin susu cair
  • 1/4 tin susu pekat (bergantung kepada kemanisan yang dimahukan)
  • 1 biji telur
  • Sedikit Essence Vanilla
  • 1 sudu besar Ovalett / Emulsifier (pastikan gunakan yang HALAL!)
  • Biskut Oreo

Cara Membuatnya

  • Asingkan krim dan biskut oreo.
  • Kisar biskut oreo sehingga menjadi serbuk halus.
  • Campurkan susu cair, susu pekat, telur, ovalet dan essence vanilla ke dalam pengandun (mixer)
  • Adun selama 15-20 minit sehingga campuran bahan-bahan tadi sebati dan menjadi pekat
  • Masukkan serbuk Orea tadi secukup rasa.
  • Setelah diadun sebati, masukkan adunan tadi kedalam bekas
  • Masukkan kedalam freezer sehingga keras.
  • Siap! Mudah kan?

Kalau dah beku tu bolehlah dihidangkan kedalam bekas-bekas kecil. Taburkan sedikit cip coklat untuk manambahkan lagi kesedapan aiskrim Oreo tadi.

\

Cara buat Aiskrim Malaysia Perisa Oreo

Anda juga boleh buat aiskrim Oreo versi Malaysia. Berikut merupakan bahan dan cara buat aiskrim Oreo versi aiskrim Malaysia.

Bahan-Bahan Aiskrim Malaysia Perisa Oreo

  • 1 Tin Susu Pekat
  • 1 Tin Susu cair
  • Air Kosong
  • Garam
  • Biskut Oreo
  • Plastik Aiskrim

Cara-Cara Membuat Aiskrim Malaysia Perisa Oreo

  1. Patahkan biskut oreo kepada bahagian kecil. Jangan terlalu kecil. Mungkin anda boleh bahagikan kepada 2-3 bahagian
  2. Panaskan susu pekat, susu cair, air dan sehingga mendidih. Masukkan sedikit garam untuk menambah kelemakan pada campuran tadi.
  3. Sejukan campuran tadi.
  4. Masukkan biskut orea tadi ke dalam plastic aiskrim.
  5. Setelah campuran tadi sejuk, anda sudah boleh menuangnya kedalam plastic aiskrim.
  6. Ikat penghujung plastic aiskrim.
  7. Masukkan kedalam peti untuk dibekukan.
  8. Siap! Mudah kan?

Baca Juga : Cara-Cara Buat Aiskrim Milo

Berikut merupakan dua resipi dan cara buat aiskrim oreo yang boleh anda lakukan dirumah. Anda boleh memilih untuk membuat aiskrim ala Baskin Robin ataupun aiskrim Malaysia. Yang pasti kedua-duanya adalah sedap. Kami harap anda dapat mencubanya dirumah dan nikmati resepi ini bersama keluarga pada waktu santai-santai.

Foto kredit : Womanista

Leave a Reply