Cara-Cara Memohon Rumah Selangorku

Rumah Selangorku adalah salah satu inisiatif kerajaan Selangor bagi menyediakan tempat tinggal di Selangor bagi pemohon-pemohon yang berkelayakan.. Ini bertujuan untuk merealisasikan matlamat ‘Satu Keluarga Satu Kediaman Yang Sempurna’ untuk memastikan setiap rakyat atau keluarga mempunyai tempat tinggal yang selesa dan selamat untuk didiami. Pada post kali ini, kami senaraikan syarat-syarat dan cara memohon rumah selangorku bagi mereka yang berminat.

Cara Memohon Rumah Selangorku

Cara-Cara Memohon Rumah Selangorku

Syarat-syarat kelayakan memohon rumah Selangorku

  • Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas;
  • Pendapatan minimum bagi permohonan Rumah Selangorku Jenis B, C dan D ditetapkan RM3001.00 sebulan;
  • Pendapatan isi rumah (suami dan isteri) tidak melebihi RM3,000-00 sebulan sahaja dibenarkan permohonan Jenis A manakala pendapatan isi rumah melebihi RM 3,001-00 sebulan sehingga RM10,000 sebulan dibenarkan permohonan Jenis B, C dan D;
  • Sekiranya pendapatan isi rumah tidak melebihi RM 3,000-00 sebulan adalah dibenarkan juga membuat pilihan Jenis B, C atau D. Bagi pendapatan isi rumah melebihi RM 3,001-00 sebulan, permohonan Jenis A tidak dibenarkan;
  • Pemohon hanya dibenarkan membuat pilihan 1 jenis rumah sahaja sama ada jenis A, B, C, atau D semasa membuat permohonan
  • Pemohon atau pasangan belum memiliki rumah sama ada melalui projek kerajaan atau swasta di Selangor;
  • Permohonan pindahmilik hanya dibenarkan selepas 5 tahun dari Perjanjian Jual-Beli dengan kebenaran Pihak Berkuasa Negeri ;
  • Pembelian rumah untuk didiami dan bukan untuk disewa.
  • Tempoh sah laku bagi setiap permohonan yang didaftarkan adalah selama 2 tahun. Selepas tempoh tersebut data permohonan yang masih SENARAI MENUNGGU akan dikeluarkan dari sistem dan pemohon perlu membuat permohonan baru sekiranya masih berminat untuk memohon RUMAH SELANGORKU

Cara Mendaftar Bagi Permohonan rumah Selangorku

Pemohon boleh mendaftar secara ‘online’ di laman web LPHS http://lphs.selangor.gov.my.Sekiranya pemohon tidak mengetahui proses pendaftaran secara betul dan tepat, sila rujuk manual proses pendaftaran Rumah Selangorku boleh dirujuk pada laman sesawang LPHS seperti berikut ; http://ehartanah.lphs.gov.my/lphs/index.php?opt=others_manual

\

Dokumen Yang Diperlukan bagi Permohonan Rumah Selangorku

Pemohon perlu muat turun dokumen-dokumen berikut semasa pendaftaran iaitu:

  • Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan;
  • Salinan Surat Nikah/Daftar Perkahwinan/Surat Cerai/Sijil Kematian pasangan;
  • Surat Pengesahan bujang daripada majikan atau Pesuruhjaya Sumpah sekiranya bekerja sendiri bagi pemohon yang belum berkahwin;
  • Penyata gaji terkini atau pengesahan pendapatan daripada Pesuruhjaya Sumpah sekiranya bekerja sendiri;
  • Surat akuan bersumpah daripada pesuruhjaya sumpah sekiranya pasangan tidak bekerja;
  • Penyata KWSP (jika ada); dan
  • Laporan dan rekod pemohon dan pasangan di Central Credit Reference Information System (CCRIS) atau CTOS yang menyatakan laporan dan rekod CCRIS.

Baca Juga : Cara Memohon Bantuan Pembiayaan TEKUN

Leave a Reply