Cara-Cara Buat Kek Kukus Pelangi

Dari kek kukus cheese, kami kongsikan pula cara buat kek kukus pelangi. Nama dah pelangi kan mesti la warna warni. Untuk tujuan warna tersebut, kita terpaksa gunakan sedikit pewarna makanan didalam bahan untuk buat kek kukus pelangi ini. Kek ini sesuai untuk dimakan oleh semua lapisan umur. Tambahan pula, kanak-kanak. Nampak je warna warni pasti akan menarik perhatian mereka. Untuk pengetahuan anda, kebanyakan bahan-bahan dan cara-cara juga masih sama dengan cara buat kek kukus lain yang telah kami kongsikan pada entri lepas. Tanpa melengahkan masa, jom kita lihat bahan-bahan dan cara pembuatan kek kukus pelangi. Selamat mencuba.

Cara Buat Kek Kukus Pelangi

Cara-Cara Buat Kek Kukus Pelangi

Bahan-Bahan

  • 1 cawan mentega
  • ¾ cawan gula kastor
  • 3 biji telur
  • 1 sudu kecil serbuk penaik
  • ¼ cawan susu pekat
  • ¼ cawan serikaya
  • 1½ cawan tepung gandum
  • 1 sudu besar koko
  • 1 sudu kecil vanila
  • Sedikit pewarna merah jambu, hijau, kuning, ungu, jingga

Cara-Cara

  1. Pukul mentega bersama gula sehingga kembang
  2. Masukkan telur satu persatu dan pukul sehingga sebati
  3. Kemudian, masukkan susupekat, serikaya dan vanilla. Kacau rata sebelum masukkan tepung gandum dan serbuk penaik
  4. Bila sudah sebati, bahagikan campuran tadi kepada 7 bahagian. Letak didalam bekas berasingan. Masukkan pewarna kedalam bekas tadi dan kacau sehingga sebati.
  5. Sapukan marjerin pada loyang besar dan alas dengan kertas kalis minyak. Masukkan campuran yang telah dicampur dengan pewarna tadi secara selang seli kedalam loyang besar tersebut.
  6. Kemudian masukkan loyang tadi kedalam kukusan untuk dikukus. Pastikan air telah mendidih sebelum diletakkan didalam kukusan. Kukus selama 1 jam ataupun sehingga masak
  7. Siap dan hidangkan. Mudah kan?

Baca juga: Cara-Cara Buat Kek Kukus Coklat & Cara-Cara Buat Kek Lava Coklat Viral

\

Berikut merupakan bahan-bahan dan cara buat kek kukus pelangi yang gebu,sedap dan senang yang dapat kami kongsikan kepada anda. Kami harap anda dapat cuba buatnya dirumah dan nikmati bersama ahli keluarga. Selamat mencuba!

Foto Kredit: Ummisofia

Leave a Reply