Cara-Cara Buat Ketupat Palas Kelantan

Kuih ini amat popular di Kelantan dan ia juga dikenali sebagai ketupat tiga bucu. Ketupat palas Kelantan sedikit berbeza dengan ketupat balas Kedah. Bezanya adalah cara balutan ketupat tersebut. Ada mengatakan ketupat Kelantan adalah ketupat betina manakala ketupat Kedah adalah ketupat jantan. Kuih ini merupakan hidangan yang wajib ada ketika menyambut Hari Raya Aidilfitri mahupun Hari Raya Aidiladha. Kebiasaanya, pulut dibalut menggunakan daun palas. Pada masa dahulu ia amat sukar untuk mendapatkannya kerana ia tumbuhan liar. Namun, sekarang anda boleh sahaja dapatkannya di pasar-pasar. Untuk entri kali ini, kami kongsikan bahan dan cara buat ketupat palas untuk anda cuba buat dirumah.

Cara Buat Ketupat Palas

Cara-Cara Buat Ketupat Palas Kelantan

Bahan bahan

  • 1 kilo beras pulut (4 cawan) (revised : rendam pulut lebih kurang 2jam)
  • 2 1/2 cawan santan pekat (pati santan)
  • 2 cawan santan cair
  • 1 sudu gula
  • 1 sudu garam
  • Daun palas secukupnya

Cara-Cara

  1. Beras pulut dibersihkan dan toskan airnya. Asingkan
  2. Tuang kedua dua santan ke dalam periuk dan didihkan.
  3. Kemudian masukkan beras pulut, garam dan gula.
  4. Kacau pulut sehingga 1/2 masak ataupun sehingga airnya kering dan pulut tidak lagi melekat di kuali. Gunakan api sederhana dan sentiasa mengacau supaya pulut tidak melekat dan hangus.
  5. Padamkan api. Angkat kuali dari dapur dan biarkan pulut sejuk.
  6. Ambil sehelai daun palas yang telah dibersihkan dan balut seperti biasa. Buat sehingga habis kesemuanya.

    cara balutan ketupat palas

    Cara balutan ketupat palas

  7. Rebus/kukus lebih kurang 1 ke 1 1/2 jam.
  8. Angkat dan sejukkan sekurang kurangnya 4 jam sebelum dipotong.

Baca Juga : Cara-Cara Buat Akok Kelantan

\

Berikut cara-cara buat ketupat palas yang dapat kami kongsikan kepada anda untu mencuba membuatnya dirumah. Bagi anda yang inginkan kelainan, bolehlah menambah kacang hitam, sambal ikan ataupun sambal daging sebagai inti. Jika anda memakannya tanpa ini, anda boleh nikmatinya bersama rendang. Bagi anda yang berkunjung ke Kelantan, anda boleh mendapatkan kuih ketupat palas ini di pasar-pasar. Para peniaga disana masih membuatnya tidak kira musim perayaan ataupun tidak.

Foto Kredit: [1]

Leave a Reply