Cara-Cara Buat Kuih Seri Muka

Bentuk rupanya yang unik dapat memikat hati seseorang. Tambahan pula rasanya yang lemak manis menjadikan ia antara kuih tradisional Kelantan yang popular. Kebiasaanya kuih ini mempunyai dua lapisan yang mana lapisan atas berwarna hijau dan lapisan bawah berwarna putih. Bahan untuk membuat kedua-dua lapisan ini berbeza. Bahan asas untuk membuat lapisan atas menggunakan gandum dan bahagian bawah menggunakan pulut. Cara pembuatanya agak mudah iaitu anda hanya kukus kedua-dua bahan tersebut. Jadi pada hari ini kami akan kongsikan cara buat kuih seri muka yang dapat memikat hati seseorang. Selamat mencuba!

Cara Buat Kuih Seri Muka

Cara-Cara Buat Kuih Seri Muka

Bahan-Bahan

Bahan Bahan Lapisan Bawah

  • 500 gm beras pulut
  • 300 gm santan pekat
  • 300 ml air
  • 2 sudu teh garam halus

Bahan-Bahan Lapisan Atas (Bahan A)

  • 250 gm gula castor
  • 8 sudu besar tepung gandum
  • 400 ml santan pekat
  • 400 ml air
  • 20 gm daun pandan dikisar dengan air (400ml) di atas kemudian di tapis dan ketepikan

Bahan-Bahan Lapisan Atas (Bahan B)

  • 4 Biji telur
  • ½ sudu the garam halus
  • Pewarna hijau secukupnya
  • 3 sudu besar minyak masak

Cara-Cara

Lapisan bawah

  1. Rendam pulut sekurang-kurangnya 3 jam
  2. Basuh bersih dan toskan beras pulut
  3. Gaul rata menggunakan sudu dan kukus dengan semua bahan di atas selama 30 minit.

Lapisan Atas

  1. Satukan bahan A kacau rata dan masukkan bahan B kacau hingga sebati
  2. Tuang keatas lapisan atas pulut yang telah dipadatkan tadi dan kukus sekali lagi selama 30-40 minit.

Baca Juga: Cara-cara buat Akok & Cara-cara buat kuih buah tanjung

\

Berikut merupakan resepi dan cara buat kuih seri muka yang dapat kami kongsikan kepada anda. Kami harap dengan perkongsian ini, anda dapat mencubanya dirumah dan buat kuih seri muka yang dapat memikat hati ahli keluarga anda. Dihidangkan pada waktu minum petang memang terbaik. Dihidangkan pula dengan teh panas. Fuhhhh.. memang terbaik lah. Selamat mencuba ya!

Kredit resepi : Resepi Warisan Cik Siti Wan Kembang

Foto Kredit : carmencitta.me

Leave a Reply