Cara-Cara Solat Sunat Istikharah

Anda mempunyai keraguan untuk membuat keputusan tentang satu perkara? Mintalah petunjuk dari Allah untuk mengurangkan keraguan yang timbul tadi. Anda boleh lakukan solat sunat istikharah untuk tujuan ini. Kami kongsikan cara solat sunat istikharah kepada anda didalam entri ini.

Solat Sunat Istikharah

Cara-Cara Solat Sunat Istikharah

Pengertian Solat Sunat Istikharah

Solat sunat Istikharah adalah solat sunat 2 rakaat yang dikerjakan oleh seseorang ketika berada didalam keraguan membuat pilihan setelah berusaha. Hukumnya adalah sunat. Tiada waktu spesifik untuk menunaikan solat sunat ini. Lebih baik dikerjakan pada waktu malam kerana ia lebih sepi dan tenang. Kita akan berasa dekat dengan Allah.

\

Cara Solat Sunat Istikharah

Niat solat Istikharah

Niat Solat Sunat Istikharah

Usolli Sunnatal Istikhaarati Rak’ataini Lillaahi Ta’aala, Allah Akbar

“Sahaja aku solat sunat Istikharah dua rakaat kerana Allah Ta’ala”

Bacaan didalam solat Istikharah

Rakaat Pertama selepas membaca Al-fatihah : Surah Al-Kafirun

Rakaat Kedua selepas membaca Al-fatihah : Surah Al-Ikhlas

Ketika Sujud Akhir hendaklah Baca doa ini sebanyak 40 Kali

doa sujud akhir solat istikharah

Doa sujud akhir solat istikharah

Ertinya: Maha Suci Engkau, tiada pengetahuan bagi kami kecuali apa yang telah Engkau ajarkan kepada kami, sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.

Doa selepas Solat Istikharah

Doa solat sunat istikharah

Doa solat sunat istikharah

Ertinya : Ya Allah hamba memohon agar memilihkan mana yang baik menurut Engkau ya Allah. Dan hamba memohon memberikan kepastian dengan ketentuanMu dan hamba memohon dengan kemurahan Tuhan yang Besar Agong. Kerana sesungguhnya Tuhan yang berkuasa,sedangkan hamba tidak tahu dan Tuhanlah yang amat mengetahui segala sesuatu yang masih tersembunyi. Ya Allah jika Tuhan mengetahui bahawa persoalan ini baik bagi hamba, maka berikanlah perkara ini kepada hamba dan mudahkanlah ia bagi hamba dan berikanlah keberkatan bagi hamba di dalamnya. Ya Allah, jika Tuhan mengetahui bahawa sesungguhnya hal ini tidak baik bagi hamba, bagi agama hamba dan penghidupan hamba, dan tidak baik akibatnya bagi hamba, dan jauhkanlah hamba daripadanya. Dan berilah kebaikan di mana sahaja hamba berada, jadikanlah hamba orang yang rela atas anugerahMu.

Adab-Adab Solat Istikharah [1]

  1. Hendaklah kepada setiap mereka yang melakukan Istikharah kepada Allah taala mengosongkan hatinya daripada mengikut hawa nafsu dalam pilihannya.
  2. Mestilah menyerahkan sepenuh pilihannya kepada pilihan Allah taala, janganlah ada sedikit pun pergantungan kepada perkara-perkara lain melainkan hanya sebagai asbab musabbab dan wasilah sahaja dalam menyampaikan hajatnya.
  3. Hendaklah sentiasa redha kepada Allah dengan setiap apa yang telah ditaqdirkan untuknya kerana setiap perkara itu pasti ada hikmah dan rahsia.
  4. Sentiasa merasakan hasil daripada istikharah itu adalah bimbingan Allah taala kepada hambanya dalam memperbaiki diri dan mendapatkan kejayaan dunia dan akhirat.
  5. Mestilah ketika beristikharah kepada Allah taala dengan hati yang penuh sedar, yaqin dan thiqah (percaya)bahawa Allah akan memaqbulkan setiap pilihan dan memberi kita yang terbaik dalam hidup.

Baca Juga : Cara-Cara Solat Sunat Tahajjud

Sumber : 75 Solat-Solat Sunat serta Doa & Wirid

Leave a Reply