Cara-Cara Solat Sunat Tahajjud

Berikut kami kongsikan cara solat sunat tahajjud yang dapat kami kumpulkan melalui pembacaan di buku dan juga maklumat di Internet. Kami harap perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada kita semua. Semua kredit haruslah diberikan kepada pemilik asal maklumat  tersebut. Kami hanya mengumpulkan maklumat dan kongsikan kepada anda.

Cara Solat Sunat Tahajjud

Cara-Cara Solat Sunat Tahajjud

Pengertian Solat Tahajjud

Solat Tahajjud adalah solat malam yang dikerjakan selepas bangun tidur. Waktu solat sunat tahjjud ialah selepas isyak hingga subuh. Solat sunat ini amat dituntut malah Rasullullah SAW dan para sahabat tidak meninggalkan solat ini sepanjang hayat mereka.

\

Hikmah Solat Tahajjud

  • Memproleh ketenangan jiwa
  • Merasai diri hamper kepada ALLAH SWT
  • Diberikan keistimewaan oleh ALLAH SWT
  • Doa dimakbulkan ALLAH
  • Memprolehi pertolongan dan rahmat ALLAH
  • Menewaskan gangguan dan godaan syaitan
  • Mencegah dosa dan menghindari penyakit
  • Menjadi lebih berdisplin dalam melakukan tugas
  • Terkeluar daripada catatan sebagai golongan lalai

Cara Menunaikan Solat Sunat Tahajjud

Tiada had bilangan rakaat untuk tunaikan solat sunat tahajjud. Ia mengikut kemampuan dan keinginan masing-masing. Paling minima adalah dua rakaat dan berterusan setiap malam.

Niat Solat Tahajjud

Niat Solat sunat tahajjud

(Ushalli sunnatat tahajjudi rak’ataini Lillahi ta’ala)

“Sahaja Aku Solat Sunat Tahajjud dua Rakaat Kerana Allah Ta’ala”

Bacaan Ketika Solat Sunat Tahajjud

Rakaat Pertama selepas membaca Al-fatihah : Surah Al-Kafirun

Rakaat Kedua selepas membaca Al-fatihah : Surah Al-Ikhlas

Atau

Rakaat Pertama selepas membaca Al-fatihah : Ayat kursi (7 kali)

Rakaat Kedua selepas membaca Al-fatihah : Surah Al-Ikhlas (11 kali)

Bacaan Pada Sujud Akhir pada rakaat kedua

Bacalah doa berikut sebanyak 3 kali selepas membaca tasbih.

Doa Sujud Akhir Tahajjud

Foto Kredit : SyafiqQalbu

Doa Selepas Salam

Doa Solat sunat Tahajjud

Doa Solat Sunat Tahajjud

Ertinya:

“Ya Allah, bagiMu segala puji. Engkaulah penegak langit dan bumi dan alam semesta serta segala isinya. BagiMulah segala puji. Engkau raja penguasa langit dan bumi. BagiMulah segala puji, Pemancar cahaya langit dan bumi.BagiMulah segala puji, Engkaulah yang hak, dan janjiMu adalah benar, dan perjumapaanMu itu adalah hak dan firmanMu adalah benar, dan syurga adalah hak, dan neraka adalah hak dan nabi-nabi itu hak benar, dan Nabi Muhmmad SAW adalah benar, dan saat hari kiamat itu benar. Ya Allah kepadaMulah kami berserah diri (bertawakal), kepada Engkau jualah kami kembali, kepadaMu lah kami rindu, dan kepada Engkaulah kami berhukum.

Ampunilah kami atas kesalahan yang sudah kami lakukan dan yang sebelumnya, baik yang kami sembunyikan maupun yang kami nyatakan. Engkaulah Tuhan yang terdahulu dan Tuhan yang terakhir. Tiada Tuhan melainkan Engkau Allah Rabbul’alamin. Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan Allah”.

Cara Mudah untuk Bangun Solat Tahajjud

  • Sebelum masuk tidur, berniat ingin melakukan Solat Tahajjud.
  • Menjauhkan diri daripada perbuatan maksiat.
  • Bersederhana makan dan minum pada waktu siang.
  • Membaca ayat-ayat Al-Quran.

Berikut merupakan cara ringkas yang dapat kami kumpulkan dari Internet. Harap ianya bermanfaat kepada anda. Kongsikan cara solat sunat tahajjud ini kepada saudara mara, kawan-kawan anda agar kita semua mendapat manfaatnya.

Leave a Reply