Cara-Cara Solat Sunat Taubat

Sebagai manusia yang tidak terlepas daripada dosa, kita seharuslah sentiasa bertaubat memohon kemaafan kepada Allah atas apa dosa yang telah kita lakukan. Sentiasa memohon kemaafan kepadaNYA dapat menyucikan diri kita daripada perkara-perkara buruk. Solat sunat taubat antara solat sunat yang digalakkan kepada kita untuk memohon kemaafan daripada Allah. Pada entri kali ini, kami kongsikan cara solat sunat taubat yang boleh anda lakukan.

Solat Sunat Taubat

Cara Solat Sunat Taubat

Asas Utama Solat Taubat [1]

  1. Menyesal di atas segala perbuatan dosa yang dilakukan.
  2. Menyucikan diri daripada perbuatan dosa dan berhenti daripada melakukan maksiat serta meminta ampun di atas apa yang telah dilakukan daripada Allah SWT, memohon maaf kepada manusia terhadap dosa yang berkaitan dengan harta benda, maruah dan jiwa. Mengqadhakan segala apa yang telah terluput seperti amalan-amalan sembahyang, puasa dan lain-lain sekadar yang termampu.
  3. Berazam tidak akan melakukan lagi segala perbuatan tersebut serta menjauhkannya.

Cara Solat Sunat Taubat

Niat solat taubat

niat solat taubat

Niat solat taubat

[Usolli Sunnatal Taubati Rak’ataini Lillaahi Ta’ala]

\

“Sahaja aku solat sunat taubat dua rakaat kerana Allah Taala”

Bacaan Di dalam Solat Taubat

Rakaat Pertama selepas membaca Al-fatihah : Ayat Al-kursi (11 kali)

Rakaat Kedua selepas membaca Al-fatihah : Surah Al-Ikhlas (11 kali)

Bacaan ketika sujud terakhir (sebanyak 40 kali)

bacaan ketika sujud solat taubat

Bacaan ketika sujud solat taubat

[Laailaaha ilaa anta subhaa naka inni kuntu minazzhoolimiin]

Ertinya “Tiada Tuhan melainkan Engkau, Maha Suci Engkau, Sesungguhnya aku adalah daripada orang-orang yang zalim”

Sesudah memberi salam maka hendaklah memperbanyak istigfar dengan memohon keampunan kepada Allah SWT, seringkas-ringkasnya dengan ucapan “Astaghfirullahal ‘azim”.

Doa Solat Taubat

Doa solat sunat taubat

Foto Kredit: kumpulandoalengkap.blogspot.com

Ertinya : “Aku memohon ampun kepada Allah yang Maha Agong, aku mengaku bahawa Tiada Tuhan melainkan  Allah, Tuhan yang hidup terus selalu jaga. Aku mohon Taubat kepadaNya, selaku taubatnya seorang hamba yang banyak berdosa, yang tidak mempunyai daya upaya untuk berbuat madharat atau manfaat untuk mati atau hidup mahupun bangkit nanti.”

Baca juga : Cara Solat Sunat TahajjudCara Solat Sunat Istikharah

Hikmah Solat Sunat Taubat

  • Memberi peluang kepada orang yang berdosa kembali ke jalan Allah
  • Memberi ketenangan hati
  • Mendapat keampunan serta petunjuk Allah
  • Meningkatkan keimanan kerana menyedari diri tidak sempurna
  • Mengembalikan silaturrahim

Leave a Reply