Cara-Cara Hilangkan Blackhead

Anda ada masalah blackhead pada bahagian hidung? Masalah blackhead sering mengganggu keyakinan anda? Jangan risau, kali ini kami akan kongsikan cara hilangkan blackhead secara natural kepada anda. Katakan tidak pada blackhead. Namun, sebelum kita mengetahui cara untuk hilangkan blackhead, kita perlu tahu penyebab kepada blackhead. Punca utama terhasilnya blackhead ialah penghasilan minyak pada bahagian muka yang berlebihan. Lebihan minyak yang berlebihan menyebabkan pengumpulan minyak pada pori-pori pada bahagian muka. Ia seperti sel mati yang berkumpul. Perkara ini mungkin disebabkan tidak menjaga kebersihan dengan baik. Membasuh muka secara berlebihan boleh menyebabkan kekeringan pada kulit,sekaligus menyebabkan kelenjar minyak merembeskan minyak yang banyak. Ini mengakibatkan terjadinya blackhead. Selain itu, blackhead juga mungkin disebabkan penggunaan barang kosmetik, merokok dan pengambilan caffein yang banyak.

Cara Hilangkan Blackhead Secara Semulajadi

Cara-Cara Hilangkan Blackhead

Rawatan wap air pada muka

Wap air dapat melembutkan lebihan-lebihan minyak yang terkumpul didalam pori muka sekaligus mengurangkan blackhead. Rebus air dan isikan didalam baldi yang besar (leper). Tutup muka anda dengan kain tuala dan halakan pada baldi untuk 15 minit. Pastikan jarak muka anda tidak terlalu dekat. Ini boleh menyebabkan kulit anda terbakar. Selepas merawat dengan wap air, basuh muka anda dengan air yang suam dan keringkan dengan tuala bersih. Sapukan pelembab seperti biasa.

\

Rawatan Campuran Telur Putih dan Madu

Campurkan telur putih dan madu didalam bekas. Sapukan campuran pada muka. Biarkan ia kering sebelum menyapukan satu lagi lapisan. Biarkan ia kering lebih kurang 15 minit. Dengan menggunakan kain basah, lap muka anda secara perlahan lapisan campuran tadi. Lapisan ini seperti mask ketika kering. Telur putih membantu menutup pori-pori pada muka. Ini dapat mengelakkan pembentukan blackhead pada masa akan datang.

Hilangkan Blackhead dengan Teh Hijau

Teh hijau merupakan salah satu cara yang berkesan untuk hilangkan blackhead. Panaskan segelas air, tambah 2 uncang kedalam air dan biarkan ia sejuk. Kemudian letakkan didalam peti untuk menyejukkan lagi teh tersebut. Sapukan pada bahagian muka menggunakan kapas sebanyak mana yang anda mahu. Teh hijau juga boleh digunakan sebagai skrub. Campurkan satu sudu teh hijau yang kering dengan air. Urut dengan lembut pada kulit anda sama seperti pencuci muka. Kemudian, bersihkan dengan air.

Baca Juga:  Cara-cara hilangkan parut jerawat

Berikut merupakan tiga cara hilangkan blackhead yang dapat kami kongsikan. Cara ini agak berkesan untuk hilangkan blackhead pada muka anda. Kami harap perkongsian ini dapat membantu anda menghilangkan blackhead. Semoga bermanfaat. Sekian.

Sumber : [1]

Leave a Reply