Cara-Cara Kuruskan Badan bagi Orang Yang Malas

Gemuk dan berat badan meningkat bukanlah satu kesalahan. Namun, ia semestinya memberi kesan negative kepada kesihatan anda. Kegemukan boleh menyebabkan anda mengalami obesiti seterusnya menjemput penyakit-penyakit berbahaya seperti tekanan darah tinggi, sakit jantung dan juga kencing manis. Terdapat pelbagai cara kuruskan badan yang dikongsikan di Internet. Ada yang menyuruh melakuakan senaman mahupun menjaga pengambilan makanan. Dua perkara ini penting untuk menurunkan berat badan. Jadi pada entri kali ini, kami kongsikan cara kuruskan badan bagi orang yang malas untuk anda.

Cara Kuruskan Badan

Cara-Cara Kuruskan Badan bagi Orang Yang Malas

Kami senaraikan tip dan cara untuk kuruskan badan untuk anda.

\
  • Mengaku yang anda mengalami masalah berat badan. Maafkan diri anda dan sentiasa memberi ruang untuk memperbaikinya. Ini dapat mencipta pemikiran positif pada masa akan datang
  • Kurangkan berat badan memerlukan kerja keras. Jangan mudah percaya dengan janji-janji yang ditabur oleh produk-produk kesihatan yang diiklankan
  • Untuk kuruskan badan, tetapkan goal yang munasabah. Pecahkan matlamat anda kepada tiga bahagia, matlamat pendek (1-minggu), matlamat sederhana ( 1 bulan) dan matlamat panjang (1 tahun). Ini dapat mengurangkan masalah anda untuk demotivated sekiranya tidak dapat mencapai matlamat anda.
  • Jangan terburu-buru untuk kurangkan berat badan. Kurangkan berat badan 500g seminggu pun sudah memadai untuk permulaan.
  • Dapatkan nasihat daripada pakar kesihatan untuk membantu menyediakan plan diet yang terbaik untuk anda.
  • Sentiasa mengira jumlah kalori yang diperlukan oleh badan anda. Menambah berat badan adalah mudah. Sekiranya anda mengambil kalori yang lebih dari yang badan anda perlukan, badan anda akan menyimpannya sebagai lemak.
  • Berjalan sekurang-kurangnya satu jam atau 10000 langkah seritap hari untuk membakar sekurang-kurangnya 500 kalori
  • Gunakan tangga untuk naik kepejabatt ataupun rumah.
  • Cari senaman yang membuatkan anda enjoy
  • Tinggalkan pengambilan makanan yang tidak berkhasiat seperti makanan segera dan minuman berkarbonat
  • Limitkan portion makanan anda.
  • Banyakkan pengambilan makanan yang kaya dengan serat
  • Elakkan memakan makanan yang kaya dengan kandungan gula dan garam
  • Gantikan snek dengan kekacang seperti walnut dan gajus.
  • Makan avakado sebagai ganti kepada snek
  • Makan dengan perlahan.
  • Cari rakan yang mempunyai matlamat yang sama dengan anda. Saling bantu membantu untuk capat matlamat kuruskan badan
  • Banyakkan meminum air masak.
  • Dapatkan tidur yang berkualti dan mengcukupi
  • Jangan tinggal sarapan.
  • Lakukan senaman sebelum sarapan
  • Sentiasa periksa label pada makanan untuk mengetahui khasiat makanan tersebut
  • Perbanyakkan makan makanan berempah dan kukus
  • Baca kisah-kisah yang dapat memberi anda inspirasi
  • Banyakkan senamam. Lakukan senaman sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.

Baca Juga: Cara-cara nak kurus tanpa senaman

Berikut senarai yang boleh anda ikut untuk kuruskan badan. Cara kuruskan badan ini telah banyak dikongsikan di internet. Cara untuk kurangkan berat badan adalah dengan bekerja keras dan tiada jalan mudah untuk mencapainya. Banyakkan melakukan senaman dan sentiasa mengambil makanan yang sihat untuk kuruskan badan. Kami harap perkongsian ini, dapat memberi manfaat kepada anda untuk menurukan berat badan dan kekal sihat. Sekian.

Sumber: [1]

Leave a Reply