Cara-Cara Hilangkan Selsema

Kita semua tahu bagaimana selsema boleh mengganggu kegiatan harian kita. Nikmat kesihatan itu seolah-olah ditarik sekejap. Hendak tarik nafas pun susah disebabkan hingus yang pekat menyempitkan saluran hidung. Bukan itu sahaja, ada yang selsema dan mengalami hidung berair. Hendak buat kerja memang tidak selasa. Oleh itu, pada entri kali ini, kami akan kongsikan cara hilangkan selsema dengan rawatan menggunakan bahan semulajadi.

Cara Hilangkan Selsema

Cara-Cara Hilangkan Selsema

Hilangkan selsema dengan air garam

Apa yang anda perlukan ialah 1 ½  sudu garam, 2 gelas air suam dan penitis. Campurkan garam kedalam air dan biarkan ia larut. Gunakan penitis (dropper) dan titiskan kedalam hidung anda. Garam dapat menipiskan lapisan hingus didalam hidung. Ia membolehkan hingus itu keluar dengan cepat sekaligus membantu kelancaran salur penafasan. Lakukan rawatan ini beberapa kali dalam sehari sehingga anda berasa lega dari hidung berair.

\

Gunakan Wap Air

Rawatan ini amat popular untuk menghilangkan selsema. Panaskan air dan tuang kedalam baldi leper. Tunggu sehingga suhu air sederhana panas. Halakan muka anda kepada baldi selama 10 minit. Jangan letakkan muka anda terlalu dekat. Ini boleh merosakan kulit anda. Wap air panas dapat memecahkan lendir didalam hidung yang mengganggu saluran penafasan anda. Ianya sama seperti menggunakan garam. Hingus menjadi cair membolehkan ia keluar dengan cepat.

Bawang Putih Hilangkan Selsema

hilangkan selsema dengan bawang putih

Hilangkan selsema dengan bawang putih

Bawang putih mengandungi bahan antiviral, antibakteria dan juga antifungal yang membantu membunuh mikrob yang menyebabkan selsema. Selain itu, ia juga dapat memberi kehangatan pada tubuh badan anda sekaligus membantu memberi kelegaan daripada selsema. Anda hanya perlu mengunyah satu ulas bawang putih untuk hilangkan selsema.

Gunakan halia untuk hilangkan Selsema

Sama seperti bawang putih, halia merupakan bahan semulajadi untuk menghilangkan selsema. Ia mengandungi bahan seperti antiviral dan juga antifungal  yang boleh melawan sakit selsema. Anda boleh mengambil halia bersama teh untuk merawat selsema.

Baca Juga : Cara-Cara Hilangkan Sakit Tekak dan Batuk

Berikut merupakan empat rawatan menggunakan semulajadi untuk hilangkan selsema. Kami harap anda dapat mencuba cara hilangkan selsema yang kami kongsikan didalam artikel ini. Semoga anda cepat sihat. Selamat mencuba.

Sumber :[1]

Leave a Reply