Cara-Cara Atasi Masalah Rambut Gugur

Keguguran rambut adalah masalah normal bagi semua wanita especially untuk individu yang bertudung. Ramai sanggup melabur wang dengan jumlah besar semata-mata untuk membeli produk-produk syampu mahal, tonik rambut, pergi membuat rawatan di salon tetapi masih tidak dapat menyelesaikan masalah keguguran. Untuk entri kali ini, kami kongsikan cara atasi masalah rambut gugur.

Jom kita lihat cara terbaik bagaimana untuk mengurangkan dan menghalang masalah ini daripada terus menghantui anda.

\

Cara atasi masalah rambut gugur

Cara-Cara Atasi Masalah Rambut Gugur

  • Jangan Kerap Sikat Rambut

Please! Kalau dah tau rambut senang gugur, jangan sikat rambut. Kalau nak sikat rambut pastikan jangan merentap rambut terlalu kuat.

Cara menyikat: Genggam sebahagian rambut lalu pegang di bahagian tengahnya dan sikat penghujungnya dulu, barulah kemudian sikat dari bahagian kulit kepala ke bahagian tengah.

  • Guna Sikat Bergigi Jarang

Cuba cari sikat yang bergigi jarang. Dengan cara itu, ia tidak akan menarik rambut sepenuhnya seperti mana sikat normal.

  • Hilangkan Kusut Rambut Sebelum Syampu

Sebelum membasuh rambut, pastikan ia disikat terlebih dulu supaya kekusutan pada rambut menjadi rapi. Jika anda menyampu rambut semasa ia kusut, risiko untuk lebih banyak rambut gugur adalah tinggi.

  • Tocang Rambut Sebelum Tidur

Sebelum tidur, tocangkan rambut dan tarik penghujungnya ke tepi leher. Cara ini dapat mengelak rambut gugur banyak dan rambut tak kusut langsung lepas bangun tidur.

  • Makan Makanan Tinggi Protein

Ikan, kekacang seperti soya dan daging adalah sumber makanan yang tinggi protein. Ini kerana kebanyakan makanan yang mengandungi protein turut ditemani faedah B-12 yang baik untuk kekuatan dan pertumbuhan rambut!

  • Berhenti Gunakan Haba Pada Rambut

Elak keringkan rambut guna mesin pengering rambut. Haba panas akan buat akar rambut lemah dan boleh mematahkan rambut. Biar sahaja rambut kering dengan udara.

  • Berhenti Warnakan Rambut

Pewarna rambut tentunya mengandungi bahan kimia di mana ia kemudian menyerap ke dalam helaian rambut sehingga ke akar. Lebih-lebih lagi kalau anda mahu menukar warna rambut, ketika itu tukang rambut akan menggunakan sejenis kimia penanggal untuk proses ‘bleaching’.

  • Minum Banyak Air Putih

Minum 4 hingga 8 gelas sehari akan menyalur kelembapan pada rambut malah menggalakkan rambut supaya lekas tumbuh!

  • Pakai Minyak Kuatkan Rambut

Gunakan minyak natural seperti minyak argan atau kelapa untuk disapu pada kulit kepala mahupun keseluruhan helaian rambut. Tak perlu banyak, cukup sekadar lima hingga tujuh titik minyak untuk disapu rata ke seluruh bahagian kepala.

  • Jangan Ikat Terlalu Ketat

Gunakan getah lembut seperti getah yang diperbuat dari fabrik baldu. Harus diingatkan juga, sanggul tersebut jangan diikat terlalu kuat, jarakan sedikit ikatan getah dengan kulit kepala supaya ikatan tersebut tidak akan menarik bahagian akar rambut sehingga membuatkannya lemah.

  • Basuh Rambut Selang 4 – 7 Hari

Basuh rambut 4 hingga 7 hari sekali kerana mencuci dengan kerap akan buat keadaan kepala dan rambut jadi terjejas di mana syampu akan menarik keluar minyak semula jadi yang dihasilkan kulit kepala. Ingat! Syampu pada bahagian kulit kepala sahaja tahu? Elak menggosok syampu pada helaian rambut.

Baca Juga : Cara-Cara Hilangkan Kelemumur

Berikut cara atasi masalah rambut gugur yang dapat anda cuba praktikkan dirumah. Selama mencuba!

Sumber : Wanista

Leave a Reply