Cara-Cara Hilangkan Sakit Tekak

Sakit tekak sering memberi ketidakselesaan kepada anda. Sakit tekak mungkin berpunca daripada kekurangan pengambilan air masak, terkena jangkitan bakteria atau tonsillitis. Jika dibiarkan berpanjangan boleh menyebabkan kesan buruk kepada kesihatan anda. Oleh itu, sekiranya sakit tekak anda berpanjangan, anda haruslah pergi berjumpa doctor untuk rawatan lanjut. Namun, pada entri kali ini, kami akan kongsikan cara hilangkan sakit tekak yang boleh memberi anda keselesaan buat sementara waktu. Malah ada rawatan yang kami akan kongsikan ini mampu untuk menghilangkan terus sakit tekak anda. Ianya terpulang kepada tindak balas dan tahap kesakitan yang dialami. Kami harap dengan perkongsian ini, dapat memberi anda kesihatan dan keselesaan dalam melakukan aktiviti harian.

Cara Hilangkan Sakit Tekak

Cara-Cara Hilangkan Sakit Tekak

Berkumur dengan air garam

Ini merupakan rawatan turun temurun nenek moyang kita. Garam dapat mengurangkan kesan bengkak pada tekak. Ia dapat meresap keluar air, dan akan mengecutkan sel sekaligus mengurangkan kesakitan. Ia juga membantu menyingkirkan lebihan lendiran yang ada pada bahagian tekak. Apa yang anda perlukan ialah, segelas air suam dan larutkan garam kedalam gelas tersebut. Kemudian, berkumur dengan air campuran tersebut. Pastikan anda tidak menelan air garam tersebut. Buat untuk beberapa kali. Kebiasaanya, anda dapat merasai kesakitan pada bahagian tekak ketika berkumur, namun selepas berkumur, ia memberi keselesaan kepada tekak.

\

Makan bawang putih

Bawang putih terkenal dengan keajaibannya merawat kesakitan. Ia juga dapat hilangkan sakit tekak anda. Bahan seperti Allicin yang ada pada bawang putih membantu membunuh bakteria dan melawan kuman yang menyebabkan sakit tekak. Anda hanya perlu menghancurkan bawang putih dan telannya. Mungkin ia akan menyebabkan mulut anda berbau buat sementara waktu, namun keselesaan pada bahagian tekak anda adalah lebih penting.

Minum Air Halia

Halia mungkin mengandungi rasa rempah yang kuat dan ia mungkin tidak digemari orang ramai. Tambahan pula untuk memakanya begitu sahaja. Tapi, tahukah anda, halia penuh dengan bahan yang dapat menghilangkan kesakitan pada badan. Selain bagus untuk menghilangkan demam, ia juga bagus untuk hilangkan sakit tekak. Kandungan bahan anti-radang didalamnya membantu melawan bakteria penyebab sakit tekak. Mengambilnya dengan teh dapat memberi keselesaan kepada sakit anda. Malah ia juga dapat merawat selsema dan memberi kelegaaan pada saluran penafasan.

Baca juga : Cara-Cara Merawat Batuk dan Hilangkan Kahak

Berikut merupakan tiga cara hilangkan sakit tekak secara semulajadi yang dapat kami kongsikan kepada anda. Kami harap ia dapat memberi anda manfaat dan memberi kesembuhan kepada tekak anda. Selamat mencuba!

Leave a Reply