Cara-Cara Melicinkan Kulit Muka

Muka merupakan asset yang penting bagi seseorang. Kehadiran jerawat ataupun tona kulit kusam boleh menjejaskan keyakinan seseorang. Tambahan pula kerja seharian kita memerlukan berjumpa dengan orang lain. Terdapat banyak produk-produk kecantikan diluar sana yang dapat membantu anda melicinkan kulit muka. Namun pada entri kali ini, kami akan kongsikan cara-cara melicinkan kulit muka menggunakan rawatan semulajadi. Kesan daripada rawatan ini tidak memberi kesan yang cepat, namun dengan menggunakan bahan semulajadi, ia dapat mengelakkan kesan sampingan kepada muka anda dan memberi kesihatan pada muka.

Cara Melicinkan Kulit Muka

Cara-Cara Melicinkan Kulit Muka

Licinkan muka anda menggunakan kunyit

Kunyit mengandungi vitamin B6, vitamin C dan zat besi yang baik untuk muka. Selain itu ia juga mempunyai bahan anti-aging yang dapat melambatkan proses penuaan pada muka. Kunyit mudah untuk didapati. Untuk memanfaatkan kunyit bagi melicinkan kulit muka, anda hanya perlu menjadikan kunyit sebagai masker. Untuk mengoptimumkan lagi masker tersebut, anda boleh mencampur kunyit bersama bahan lain seperti outmeal, susu, madu atau lemon. Campurkan semua bahan semulajadi ini, dan letakkan dimuka anda sebagai masker. Lakukan rawatan ini 2 kali seminggu sudah memadai.

\

Cuka Epal dapat melicinkan kulit muka

Cuka epal memang terbukti dalam memberi manfaat kepada kesihatan kita. Ia juga dapat membantu melicinkan kulit muka anda. Apa yang perlu anda lakukan ialah sapukan cuka epal pada muka anda seperti masker. Kemudian, biarkan ia selama 2 minit sebelum membasuhnya dengan air bersih. Ia mungkin akan memberikan sedikit bau ketika disapu dimuka, namun selepas dibasuh, bau itu akan hilang. Anda boleh lihat perubahannya selepas mengamalkan rawatan ini.

Gunakan madu untuk melicinkan kulit muka

Madu mempunyai banyak khasiat dan ia mudah untuk didapati. Untuk melicinkan kulit muka, campurkan madu bersama yogurt dan sapukan pada permukaan muka. Biarkan ia selama 20 minit. Bilas dengan air bersih. Lakukan rawatan ini untuk 1-2 minggu dan lihat perubahannya.

Buah Tomato sebagai agen kecantikan

Umum tahu, tomato memang terbukti baik untuk kulit. Selain melembutkan kulit, ia juga membantu membekal vitamin-vitamin penting untuk kulit. Oleh itu, penggunaan tomato pada kulit muka akan memberi banyak manfaat. Anda boleh jadikan buah tomato sebagai pes dan sapukan pada muka anda. Biarkan ia selama 10-20 minit sebelum membilasnya dengan air bersih. Lap menggunakan tuala bersih secara perlahan-lahan. Selain itu, anda juga boleh mengambil tomato didalam diet untuk mendapat manfaat dan khasiat tomato pada muka anda.

Baca Juga: Cara-Cara Kuruskan Pipi Dengan Cepat

Berikut merupakan cara melicinkan kulit muka menggunakan bahan semulajadi yang dapat kami kongsikan kepada anda. Kami harap anda dapat mencuba petua ini dirumah dan kembalikan keyakinan anda. Selamat mencuba.

 

Leave a Reply