Cara-Cara Tambah Susu Badan

Pada entri kali ini, kami akan kongsikan cara tambah susu badan bagi ibu yang menyusu. Petua ini dikongsikan oleh Lyn Amalyn di laman Facebooknya.Kaedah penyediaannya amatlah mudah malah bahan-bahan yang digunakan juga mudah untuk didapati. Bagi anda yang mempunyai masalah kekurangan susu badan ketika menyusu bolehlah mencuba cara tambah susu badan ini. Kami harap perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu anda menambahkan susu badan.

Cara Tambah Susu Badan

Cara-Cara Tambah Susu Badan

Bahan-Bahan

  • 2 sudu besar halba
  • 1 gengam longan kering
  • 1 sudu besar gula pasir
  • 3 cawan air

bahan-bahan

Cara-Cara

  1. BASUH

Pertama sekali, halba dan longan kering tu kita basuh dulu untuk mengekalkan kesucian dan kebersihan.

\

Selepas basuh, toskan sekejap.

basuh bahan bahan tersebut

  1. REBUS

Seterusnya, ambil satu periuk kosong, isi dengan 3 cawan air.

Apabila dah menggelegak, kita masukkan halba dan longan kering. Kacau seketika.

rebus

  1. TAMBAHKAN GULA

Agak-agak air dah berubah warna, masukkan satu sudu besar gula pasir.

Sebaik saja larut gulanya, kita bolehlah tutup api.

tambahkan gula

  1. SIAP!

Ok tadaaaa!! Siap pun homemade milkbooster kita ini. Sebelum minum, tapis dulu halbanya. Buah longan kita boleh masukkan terus dalam gelas kita.

Sambil minum, sambil kunyah longan. Rasanya sedap, serius macam air laici kang!

milkbooster

AMALKAN SETIAP HARI

Seeloknya air ini diminum 2 kali sehari – sebelum sarapan dan sebelum tidur. Nak minum dalam keadaan panas atau sejuk, bergantung pada citarasa masing masing.

Sebelum minum, selawat YA MATIN 21 kali bermaksud MAHA SEMPURNA KEKUATAN.

Jangan lupa SHARE di Facebook dan kongsikan pada kawan kawan yang tengah berusaha untuk bagi exclusive breastfeeding pada bayi masing-masing dan yang memerlukan petua ni.

Baca Juga: Cara-Cara Hilangkan Stress Dengan Makanan

NOTA: Pastikan anda dan bayi anda tidak mempunyai alahan kepada tiga bahan tersebut. Hasil setiap individu mungkin berbeza.

Leave a Reply